Industri gaming Jepun meraikan pencapaian terhebat mereka hari ini di Japan Game Awards 2025, di mana RPG kegemaran ramai oleh Atlus, Metaphor: ReFantazio, membawa pulang Grand Prize yang menjadi idaman. Majlis tahunan anjuran Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) dan disokong oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (Jepun) memberi penghormatan kepada game dan inovasi paling berpengaruh yang dikeluarkan antara 1 April 2024 hingga 31 Mei 2025.
Grand Award, yang dipilih daripada 11 game luar biasa yang masing-masing menerima Award for Excellence, mengiktiraf Metaphor: ReFantazio sebagai game paling cemerlang untuk tahun ini.
Bagi sektor perkakasan, Minister of Economy, Trade and Industry Award disampaikan kepada Nintendo Switch 2, sebagai pengiktirafan terhadap impaknya yang besar di pasaran. Sementara itu, PlayStation Store menerima Special Award atas sumbangannya yang signifikan kepada perniagaan digital dan ekonomi gaming di Jepun.

Game Designers Award, sebuah hadiah yang dipilih oleh panel pencipta terkemuka Jepun dan diselia oleh Judging Committee Chairperson Masahiro Sakurai, telah dianugerahkan kepada INDIKA, sebuah game unik dan menggalakan pemikiran daripada pembangun Odd Meter.
Dua anugerah utama lain turut menonjolkan trend utama industri. Clair Obscur: Expedition 33 memenangi Breakthrough Award bagi meraikan pendekatannya yang segar dan inovatif. Movement Award, yang mengiktiraf game yang mencetuskan fenomena sosial atau budaya yang besar, diberikan kepada Pokémon Trading Card Game Pocket, menunjukkan daya tarikannya yang meluas dan kejayaan pasarannya.
Asas kepada Grand Award ialah Award for Excellence, yang dianugerahkan kepada 11 judul yang cemerlang. Pemenangnya ialah:
- Metaphor: ReFantazio
- Urban Myth Dissolution Center
- Romancing SaGa 2 REVENGE OF THE SEVEN
- Dragon Quest III HD-2D Remake
- Dynasty Warriors: Origin
- TokyoXtremeRacer
- Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii
- Monster Hunter Wilds
- The Hundred Line -Last Defense Academy-
- FANTASY LIFE i: The Girl Who Steals Time
- Elden Ring Nightreign
Untuk maklumat lanjut tentang Japan Game Awards 2025, sila layari laman web rasmi di Tokyo Game Show 2025.
![[TGS25] Metaphor: ReFantazio Rangkul Grand Prize Di Japan Game Awards 2025](https://cdn.gamersantai.com/2025/09/JAPAN-GAME-AWARDS-2025_FI-750x375.jpg)








Discussion about this post