Antagonis terhebat bakal memasuki arena. SEGA dan pembangun CyberConnect2 hari ini mengumumkan bahawa Muzan Kibutsuji, raja kepada segala demon yang digeruni, akan ditambah ke dalam senarai watak game aksi Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2.
Watak ini akan tersedia dalam “Mod VS” permainan tersebut sebagai sebahagian daripada kemas kini percuma yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 18 September.
Di samping tambahan percuma Muzan Kibutsuji, kedua-dua syarikat turut mendedahkan barisan watak untuk DLC berbayar akan datang, iaitu “Infinity Castle – Part 1 Character Pass.” Pas ini akan memperkenalkan beberapa watak petarung baharu yang diambil daripada “Infinity Castle Arc” yang penting dalam siri ini.
Watak-watak yang termasuk dalam pas ini ialah:
- Tanjiro Kamado (Infinity Castle)
- Zenitsu Agatsuma (Infinity Castle)
- Giyu Tomioka (Infinity Castle)
- Shinobu Kocho (Infinity Castle)
- Douma
- Akaza (Infinity Castle)
- Kaigaku
Pemain mempunyai pilihan untuk membeli Character Pass penuh bagi mendapatkan akses kepada semua watak, atau membeli setiap watak baharu secara berasingan.

Bagi yang kurang tahu, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2 ialah sebuah fighting game aksi 3D berkonsepkan arena. Sebagai sekuel langsung kepada judul tahun 2021, game ini meneruskan adaptasi jalan cerita dan pertempuran sengit daripada siri manga dan anime yang popular di seluruh dunia, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, ciptaan Koyoharu Gotouge.
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2 kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
UPDATE: Kemas kini ini tersedia sekarang di semua platform yang disebutkan tadi.
![[UPDATE] Muzan Kibutsuji Akan Tiba Dalam Demon Slayer: The Hinokami Chronicles 2 Sebagai Playable Character Percuma](https://cdn.gamersantai.com/2025/09/HINOKAMI-2_MUZAN_FI-750x375.jpg)








Discussion about this post