Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest VII Reimagined Diumumkan Dengan Seni Buatan Tangan Unik, Bakal Dilancarkan 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2025
in Artikel, Berita, Microsoft, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Remake, RPG, Steam, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Quest VII Reimagined Diumumkan Dengan Seni Buatan Tangan Unik, Bakal Dilancarkan 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan Dragon Quest VII Reimagined, sebuah remake berskala penuh untuk judul klasik popular dari tahun 2000, Dragon Quest VII: Fragments of the Forgotten Past.

RPG singleplayer yang epik ini akan dilancarkan pada 5 Februari 2026, untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch, konsol Switch 2, dan PC menerusi Steam serta Microsoft Store.

Ia dibina semula dari awal dengan apa yang digambarkan oleh Square Enix sebagai “estetik buatan tangan yang menjadikan game ini seolah-olah sebuah buku cerita hidup.”

Reka bentuk watak ikonik oleh mendiang artis manga terkenal dunia, Akira Toriyama, telah diolah semula dalam gaya seni 3D, yang dihidupkan secara unik menggunakan model patung yang dicipta di dunia sebenar.

Pendekatan gaya diorama ini turut diguna pakai untuk persekitaran dan dungeon permainan, bertujuan untuk menggambarkan dunia Dragon Quest yang digemari ramai dengan lebih hidup.

Walaupun kekal setia kepada naratif asal yang luas, Dragon Quest VII Reimagined akan menampilkan pengalaman penceritaan yang dipertingkatkan dan lebih lancar untuk memperbaiki rentak gameplay.

Pengembaraan utamanya, yang menyaksikan pemain mengembara bersama watak-watak seperti Prince Keifer dan Maribel untuk membuka dan memulihkan pulau-pulau yang telah dilupakan dengan mengumpul serpihan tablet, akan dilengkapkan dengan pelbagai misi sampingan, cerita, dan minigame opsyenal.

Aspek gameplay juga telah dirombak secara signifikan. Sistem combat turn-based yang klasik telah dimodenkan untuk menawarkan combat yang lebih dinamik dan mengujakan.

Kemas kini utama adalah sistem ‘vocation’, yang memperkenalkan mekanik “Moonlighting”, membolehkan watak-watak untuk melengkapkan diri dan menggunakan kebolehan daripada dua vocation serentak.

Tambahan lain termasuk kebolehan “Let Loose”, yang boleh diaktifkan apabila watak menjadi bersemangat dalam pertempuran, dan vocation baharu “Monster Master”, yang menampilkan perk “Positive Reinforcement” yang boleh menyeru raksasa berkuasa untuk membantu pasukan.

Bagi memastikan pengalaman yang lancar dan moden, game ini akan menerapkan pelbagai penambahbaikan quality-of-life, termasuk user interface yang direka bentuk semula sepenuhnya untuk akses kepada maklumat yang lebih mudah.

Tags: Dragon Quest VII Reimagined
ShareTweetSend
Previous Post

Remake ‘Danganronpa 2×2’ Diumumkan Dengan Senario Baharu Untuk 2026

Next Post

Pelancaran Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Ditetapkan Pada Mac 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Pelancaran Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Ditetapkan Pada Mac 2026

Pelancaran Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Ditetapkan Pada Mac 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd