Netmarble secara rasminya telah melancarkan prapendaftaran mobile untuk game RPG aksi open-world mereka yang akan datang, The Seven Deadly Sins: Origin.
Bermula hari ini, pemain boleh mendaftar terus di Google Play Store untuk Android dan membuat pra-pesanan di Apple App Store untuk iOS, bagi mendapatkan ganjaran eksklusif dalam game sebelum pelancaran rasminya yang dijangkakan pada penghujung tahun ini.
Fasa pendaftaran baharu The Seven Deadly Sins: Origin untuk mobile adalah tambahan kepada tempoh prapendaftaran umum yang telah bermula pada 1 Jun 2025.
Sebelum ini, para peminat boleh mendaftar menggunakan e-mel di laman web rasmi untuk PC, PS5, dan akses umum, serta meletakkan game dalam wishlist di Steam dan PlayStation Store.
The Seven Deadly Sins: Origin ialah sebuah permainan free-to-play berlatarkan dunia popular dari siri manga dan anime karya Nakaba Suzuki.
Dibangunkan dan diterbitkan oleh Netmarble, game ini merupakan sekuel spiritual kepada game turn-based mereka yang sangat berjaya, The Seven Deadly Sins: Grand Cross, yang telah mencatatkan lebih 70 juta muat turun di seluruh dunia.

Berbeza daripada game sebelumnya, Origin mengubah gameplay daripada pertempuran kad berasaskan giliran kepada pengalaman aksi open-world masa nyata.
Dikuasakan oleh Unreal Engine 5, game ini menjanjikan visual 3D yang menghidupkan benua Britannia dengan penerokaan darat dan bawah air, pertempuran dinamik, dan landskap yang luas untuk diterokai.

Game ini menampilkan jalan cerita multiverse serba baharu yang menjadi penghubung antara saga asal The Seven Deadly Sins dan sekuelnya, Four Knights of the Apocalypse. Pemain akan memegang watak sebagai Tristan, anak lelaki Meliodas dan Elizabeth yang berusia 13 tahun.
Apabila “pertembungan masa dan angkasa” yang misteri mengganggu realiti, Tristan bersama temannya Tioreh, mesti menggunakan “Book of Stars” untuk memulihkan keadaan.
Naratif ini membolehkan pemain berinteraksi dengan watak kegemaran ramai seperti Ban dan King, sambil memperkenalkan wira-wira baharu dan meneroka senario ‘what-if’ yang merentasi garis masa berbeza.

Netmarble menawarkan pelbagai item dalam game untuk menggalakkan pemain mendaftar awal. Ganjaran dibahagikan antara pendaftaran e-mel dan pendaftaran melalui aplikasi.
Ganjaran Prapendaftaran E-mel (melalui Laman Web Rasmi):
- Premium Enhancement Stone x10
- Gold x100,000
- Skyborne Gale Dual Swords x1

Ganjaran Prapendaftaran Aplikasi (Google Play / App Store):
- Grilled Beef x10 (Item Pemulihan)
- Tioreh x1 (Watak Boleh Dimain)
- Supreme Mastery EXP x3 & Draw Tickets x10 (Tiket Cabutan)

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi.









Discussion about this post