Dalam isu terkini Dengenki Playstation, Tetsuya Fukuhara (pengarah Granblue Fantasy Project Re:Link) telah mendedahkan beberapa maklumat baru:
- kalau korang main single player, lagi 3 watak dalam team korang akan dicontrol oleh AI
- hasil akhir pembikinan game ini masih lagi samar kerana teknik pembangunan game yang digunakan (ciri grafik dan bukan grafik dibangunkan sejajar)
- Sebab tak nak korbankan grafik gila babeng game ni, staff-staff dari sub-con Platinum Games telah ditempatkan di studio mereka
Dalam isu terkini Famitsu pula, team Granblue Fantasy memberitahu mereka dah berpuas hati dengan asas-asas permainan. Sebarang maklumat terkini pasal game ni tidak diketahui selepas perkongsian terkini mereka.Diorang jugak guarantee yang kualiti grafik akan menjadi lagi power dengan fokus mereka adalah supaya pemain dapat menghayati keunikan situasi game dan permainan multiplayer.
Game ni akan keluar kat Jepun dalam tahun ni (agaknya bahasa Jepun dulu. Nak main awal kena la tau bahasa Jepun). Cuba korang tengok 8 minit gameplay kat sini. Kalau rasa tak nak kemaruk tunggu bila game ni nak keluar, jangan la klik..
@gamersantaimy
Discussion about this post