GIGABYTE TECHNOLOGY Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran rasmi AORUS RTX 5090 AI BOX. Peranti ini merupakan solusi “liquid-cooled external graphic” pertama di dunia, direka untuk mengubah laptop menjadi stesen kerja berprestasi tinggi untuk gaming, penciptaan kandungan dan kecerdasan buatan.

Kuasa utama AI BOX ini ialah GPU NVIDIA® GeForce RTX™ 5090, dibina berasaskan seni bina Blackwell.
Digandingkan dengan Thunderbolt™ 5, AORUS AI BOX membekalkan bandwidth yang diperlukan untuk mencapai prestasi grafik setaraf desktop, sekali gus memberi kecekapan aliran kerja dan meningkatkan pengalaman pengguna dalam semua aplikasi yang berat.
GPU RTX 5090 menyediakan fideliti grafik next-gen, dengan prestasi yang dipertingkatkan lagi oleh NVIDIA DLSS 4 untuk penjanaan imej yang pantas.
Dalam bidang kreatif seperti penyuntingan video, pemaparan 3D dan reka bentuk grafik, pengguna akan mengalami perubahan aliran kerja yang ketara, disokong oleh pemacu NVIDIA Studio untuk kestabilan maksimum dan set alatan eksklusif berbantukan AI.

Dengan 32GB VRAM dan lebih 3000 AI TOPS, ia membolehkan pengguna menjalankan pengalaman AI secara terus pada PC mereka. Ini mempercepatkan pembangunan dan penggunaan aplikasi AI, daripada menjalankan chatbot seperti Llama sehinggalah melatih model tersuai dan menggunakan alatan penjanaan imej seperti Stable Diffusion.
Kelebihan utamanya ialah semua data kekal selamat pada peranti pengguna, menghapuskan keperluan untuk memuat naik ke cloud.

Untuk menguruskan kuasa hebat ini, GIGABYTE telah menyepadukan sistem penyejukan cecair semua-dalam-satu AORUS WATERFORCE. Solusi ini menyejukkan semua komponen kritikal—termasuk GPU, VRAM dan MOSFET—menggunakan plat dasar tembaga yang besar, radiator aluminium 240mm dan dua kipas 12cm.
Hasilnya ialah sebuah sistem yang mengimbangi prestasi ekstrem dengan operasi yang amat senyap, memastikan persekitaran pengguna yang stabil dan selesa walaupun di bawah beban pengkomputeran yang paling berat.

Penggunaan kabel tunggal Thunderbolt™ 5 memudahkan sambungan, menyediakan lebar jalur dua hala sehingga 80Gbps sambil turut membekalkan kuasa sehingga 100W untuk mengecas laptop yang disambungkan.
Selain kehebatan grafiknya, AI BOX ini juga berfungsi sebagai stesen dok yang lengkap, menampilkan pelbagai port sambungan untuk monitor luaran, papan kekunci, tetikus dan rangkaian berwayar, sekali gus menaik taraf mana-mana laptop menjadi hab hiburan dan produktiviti yang menyeluruh.
AORUS RTX 5090 AI BOX kini boleh didapati secara rasmi untuk pembelian. Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi terperinci, sila layari laman produk rasmi GIGABYTE.









Discussion about this post