Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World of Warcraft: Midnight – Light Menentang Void, Ini Segala Info Anda Perlu Tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2025
in Artikel, Battle.net, Berita, DLC, MMORPG, PC
0 0
0
World of Warcraft: Midnight – Light Menentang Void, Ini Segala Info Anda Perlu Tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Bolehkah sebuah dunia menjadi lebih gelap dan lebih cerah pada masa yang sama? Blizzard Entertainment akan meneroka persoalan tersebut dalam World of Warcraft: Midnight, bab kedua yang epik dalam Worldsoul Saga.

Susulan peristiwa dalam The War Within, para wira-wira Azeroth mesti menghadapi peperangan baharu apabila kuasa Light dan Void mengancam untuk memusnahkan dunia mereka.

Expansion baharu ini menyambung kisah selepas para pemain terkesan dengan muslihat bentara Void, Xal’atath, yang membiarkan mereka dalam keadaan terdedah selepas kekalahan Dimensius, si All-Devouring. Tema utama ini menjangkau lebih daripada sekadar konflik kosmik, dengan meneroka kesan antara kemusnahan dan penciptaan.

Ketika Void berusaha untuk menghancurkan realiti, para pemain akhirnya akan memperoleh kuasa untuk mencipta tempat perlindungan yang kekal untuk diri mereka dengan pengenalan ciri Player Housing.

Kembali ke Quel’Thalas dan Seterusnya

Pemain akan mengembara ke Quel’Thalas yang telah dibina dan direka semula, dengan Silvermoon City berfungsi sebagai hab utama expansion ini.

Ibu kota ikonik Blood Elf ini akan menampilkan kawasan baharu seperti Sanctum of Light dan Memorial Garden, manakala sesetengah daerah akan kekal boleh diakses secara eksklusif oleh pemain Horde sahaja.

Pengembaraan ini akan merentasi empat zon yang berbeza:

  • Eversong Woods: Tanah ini telah pulih daripada pencerobohan Scourge, tetapi kini menghadapi ancaman baharu daripada “lightbloom” yang misteri dan pemuja Void yang durjana.
  • Zul’Aman: Kembara melangkaui hutan di sekelilingnya untuk membantu puak Troll Zul’Amani berhubung semula dengan Loa mereka yang telah hilang.
  • Harandar: Turun semula ke perut bumi Azeroth menuju ke sebuah hutan kulat purba di mana akar-akar pokok dunia bertemu.
  • The Voidstorm: Sebuah alam dengan keindahan yang mematikan, di mana kuasa Void sedang memecah masuk untuk menceroboh Azeroth.

Sistem Gameplay dan Sekutu Baharu

World of Warcraft: Midnight memperkenalkan beberapa cara baharu untuk berinteraksi dengan dunia:

  • Sistem Prey: Pemain yang inginkan cabaran tambahan boleh memilih untuk menyertai sistem hunting di dunia terbuka ini. Dipimpin oleh Astalor Bloodsworn dari Murder Row di Silvermoon City, “Prey” menambah lapisan tambahan yang mendebarkan kepada pengembaraan di seluruh zon Midnight.
  • Bangsa Allied Baharu – Haranir: Pertama kali ditemui dalam The War Within, Haranir adalah pemburu purba dengan ciri bioluminesen dari sebuah negeri tersembunyi. Mereka akan menyertai pertempuran dan boleh dimainkan sebagai kelas-kelas berikut: Warrior, Hunter, Rogue, Priest, Shaman, Mage, Warlock, Monk, dan Druid.

Kemas Kini Kelas dan Kandungan PvP

Kelas Demon Hunter menerima kemas kini yang signifikan dengan specialization ketiga yang baharu:

  • Devourer: Specialist DPS (damage per second) mid-ranged ini meninggalkan tenaga Fel tradisional dan sebaliknya memeluk Void sebagai sumber kuasanya. Selaras dengan tema ini, Void Elf kini boleh menyertai barisan Illidari sebagai Demon Hunter.

Combat Player vs. Player juga diperluaskan:

  • Slayer’s Rise: Sebahagian daripada Voidstorm akan menjadi titik tumpuan PvP dunia yang baharu serta medan perang epik yang diinspirasikan oleh klasik seperti Alterac Valley dan Isle of Conquest.
  • Training Grounds: Pergaduhan “Comp Stomp” yang popular, di mana pemain berdepan dengan lawan AI, akan menjadi ciri kekal. Ia juga diperluaskan untuk merangkumi dua medan perang baharu: Silvershard Mines dan Battle for Gilneas.

Player Housing

Selepas lebih 20 tahun menyelamatkan dunia, para wira-wira Azeroth akhirnya akan mendapat secebis daripadanya untuk dipanggil milik sendiri.

Dengan Player Housing, pemain boleh membina dan mengubah suai rumah idaman mereka menggunakan ribuan item hiasan, yang kebanyakannya boleh diperoleh melalui gameplay secara semula jadi.

Di samping ciri-ciri utama ini, Midnight akan membawakan elemen-elemen utama sesebuah expansion yang biasa dijangkakan oleh pemain, termasuk raid, dungeon, delve baharu, dan pelbagai kemas kini kualiti hidup.

Pra-Tempahan Kini Dibuka

Edisi Digital Base, Heroic, dan Epic bagi World of Warcraft: Midnight kini tersedia untuk pra-tempahan di Battle.net, setiap satunya dengan faedah dan harga yang unik.

Untuk maklumat lanjut yang akan diumumkan sebelum pelancarannya pada awal tahun hadapan, pemain digalakkan untuk sentiasa mengikuti laman web rasmi World of Warcraft.

Tags: World of Warcraft: Midnight
ShareTweetSend
Previous Post

AFA Singapore 2025 Mendedahkan Barisan Artis Ternama Awal Untuk Konsert Anisong

Next Post

Fate Trigger Sasarkan Q1 2026 untuk Early Access, Dedah Gameplay Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Fate Trigger Sasarkan Q1 2026 untuk Early Access, Dedah Gameplay Baharu

Fate Trigger Sasarkan Q1 2026 untuk Early Access, Dedah Gameplay Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd