KONAMI telah mengumumkan pelancaran major season update untuk game bola sepak utamanya, eFootball, bagi meraikan ulang tahun ke-30 syarikat itu dalam arena permainan video bola sepak.
Musim baharu ini mencerminkan pasaran perpindahan musim panas baru-baru ini dengan data pemain yang dikemas kini serta membawakan pelbagai ciri baharu, penambahbaikan gameplay, dan pilihan customization untuk peminat di seluruh dunia.

Ciri utama yang diperkenalkan ialah mekanik “Link-Up Play”, sebuah sistem taktikal yang membolehkan beberapa pemain melakukan gerakan kombinasi khas atau meningkatkan kebolehan mereka apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi.
Kebolehan ini diaktifkan apabila dua pemain, yang ditetapkan sebagai “Center Piece” dan “Key Man”, berada di posisi yang ditetapkan dan memiliki gaya permainan yang serasi.
Pengurus seperti Ruben Amorim dari Manchester United kini tersedia, menawarkan peluang kepada pemain untuk membina pasukan yang boleh mengaktifkan kemahiran baharu ini.

Untuk mempamerkan sistem baharu ini, eFootball memperkenalkan José Mourinho Edition/Set. Pengurus itu, yang terkenal kerana membawa Inter Milan meraih treble bersejarah pada musim 2009-2010, didatangkan dengan kemahiran link-up “Diagonal Long Pass A”.
Sebagai pelengkap, pek khas “Epic & Show Time: Diagonal Long Pass A” akan tersedia bermula hari Jumaat, 15 Ogos, menampilkan pemain ikonik Wesley Sneijder dan Samuel Eto’o, yang direka untuk mencetuskan gerakan taktikal Mourinho.

Selain daripada aksi di atas padang, para pemain kini boleh mengekspresikan gaya unik mereka dengan pilihan Stadium Customization yang baharu.
Pengguna boleh mengubah suai stadium utama mereka dengan menggabungkan pelbagai elemen seperti warna stadium, koreografi peminat yang terperinci, dan objek hiasan untuk mencipta suasana yang benar-benar unik.

eFootball turut mengalu-alukan kedatangan pemain baharu. Pemain baharu yang melengkapkan tutorial dalam game akan diberi ganjaran kad “Show Time: Lionel Messi” secara percuma untuk memulakan perjalanan mereka.
Selain itu, Ambassador Edition dan Ambassador Packs yang menampilkan Lionel Messi dan Lamine Yamal kini tersedia untuk dibeli.
Pek ini mengandungi pemain-pemain hebat, item latihan, rekaan kad eksklusif yang dipilih sendiri oleh duta-duta tersebut, dan item untuk customization stadium, menawarkan nilai yang hebat untuk pemain baharu.

Kemas kini ini juga membawakan penambahbaikan gameplay yang signifikan yang bertujuan untuk mencipta pengalaman yang lebih realistik.
Penambahbaikan ini termasuk kelajuan dan pergerakan pemain yang lebih kemas, kawalan pertahanan yang lebih responsif, serta kemas kini penting untuk pengguna mobile, seperti kawalan set-piece baharu dan ciri pembatalan sepakan.

Untuk memberi ganjaran kepada komuniti, para pemain boleh memperoleh pelbagai item dalam game—termasuk eFootball Coins, item latihan, EXP, dan GP—dengan menyertai pelbagai acara seperti Campaign Hub, Special Login Bonus, dan Campaign Achievements.
Untuk berita lanjut dan maklumat terperinci mengenai kemas kini terbaharu, para peminat digalakkan untuk menonton program rasmi “eFootball Connect” di YouTube.









Discussion about this post