Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Rakugo Popular ‘Akane-banashi’ Diadaptasi Menjadi Anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Rakugo Popular ‘Akane-banashi’ Diadaptasi Menjadi Anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Keunikan seni penceritaan tradisional Jepun bersedia untuk memukau peminat di seluruh dunia, apabila manga popular Akane-banashi diumumkan bakal diadaptasi menjadi siri anime yang akan ditayangkan pada tahun 2026.

Berita ini disahkan oleh TV Asahi, yang turut mendedahkan bahawa Studio ZEXCS akan menerajui produksinya.

Karya tulisan Yūki Suenaga dan ilustrasi oleh Takamasa Moue ini telah diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Jump sejak Februari 2022.

Siri ini mendapat sambutan hangat kerana gabungan uniknya yang berjaya mengadunkan semangat tenaga kompetitif sengit seperti dalam manga sukan dengan keindahan seni penceritaan tradisional Jepun, iaitu rakugo.

Ia mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah bernama Akane Osaki yang menjadikan bapanya, seorang seniman rakugo, sebagai sumber inspirasi.

Namun, segalanya berubah apabila bapanya dibuang secara tidak adil dari Sekolah Arakawa yang berprestij selepas gagal dalam ujian untuk mencapai pangkat tertinggi (shin’uchi).

Sejak itu, Akane menanam tekad untuk menjadi seniman rakugo terhebat demi membersihkan nama bapanya sambil membongkar misteri di sebalik penyingkirannya.

Dikenali dengan gelaran “manga sukan untuk seni persembahan,” kejayaan Akane-banashi terbukti apabila manga ini terjual melebihi 2 juta salinan dan memenangi pelbagai penghargaan, termasuk pencalonan untuk Anugerah Manga Kodansha ke-47 dan Manga Taisho ke-16.

Ia turut mendapat pujian daripada pengkarya legenda seperti Eiichiro Oda, pencipta One Piece.

Adaptasi anime ini diletakkan di bawah arahan pengarah berpengalaman, Ayumu Watanabe, yang terkenal dengan karyanya seperti Summertime Render dan Komi Can’t Communicate.

Pasukan produksi turut disertai oleh Yu Harima sebagai penolong pengarah, Michihiro Tsuchiya (Fullmetal Alchemist: Brotherhood) sebagai penyelia skrip, dan Kii Tanaka (Zom 100: Bucket List of the Dead) yang menggalas tugas sebagai pereka watak.

Demi menjaga keaslian persembahan, pihak produksi turut mendapatkan khidmat nasihat daripada seniman rakugo profesional, Kikuhiko Hayashiya, bersama lapan lagi pakar lain serta sokongan daripada Persatuan Rakugo Jepun.

Watak-watak utama akan dihidupkan oleh barisan pelakon suara ternama, termasuklah:

  • Anna Nagase (Riko Amanai dalam Jujutsu Kaisen) sebagai Akane Osaki.
  • Takuya Eguchi (Loid Forger dalam Spy x Family) sebagai Karashi Nerimaya.
  • Rie Takahashi (Emilia dalam Re:Zero) sebagai Hikaru Koragi.
Tags: Akane-banashi
ShareTweetSend
Previous Post

RPG Free-to-Play ‘Sakuna: Hinuka Junreitan’ Diumumkan Untuk PC & Mobile!

Next Post

Previu Everybody’s Golf Hot Shots: Francais Lama Diberi Nafas Baharu, Masih Mencuit Hati

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Previu Everybody’s Golf Hot Shots: Francais Lama Diberi Nafas Baharu, Masih Mencuit Hati

Previu Everybody's Golf Hot Shots: Francais Lama Diberi Nafas Baharu, Masih Mencuit Hati

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd