Dunia Sakuna: Of Rice and Ruin akan dikembangkan lagi dengan pengumuman rasmi Sakuna: Hinuka Junreitan, sebuah spinoff free-to-play yang dibangunkan oleh G2 Studios dan diterbitkan oleh TOHO Games serta Edelweiss untuk platform PC (Steam), iOS, dan Android.
Mengekalkan formula unik siri ini, game ini menyajikan gabungan genre “simulasi penanaman padi” dan “RPG aksi eksplorasi,” membawakan pengalaman yang sama seperti game terdahulu kepada khalayak yang lebih besar.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, namun pengumuman ini disertakan dengan pelancaran laman web rasmi, akaun media sosial, dan visual acah yang memperlihatkan watak utama bersama satu muka baharu.
Jika mengikuti corak gameplay yang sama, pemain (kemungkinan) akan kembali kepada aktiviti bercucuk tanam padi, di mana kualiti hasil tuaian akan menentukan kekuatan watak utama. Lebih berkualiti padi yang ditanam, lebih kuatlah Sakuna dalam pertempuran.
Elemen aksi juga sepatutnya kembali, di mana alatan pertanian boleh dijadikan senjata dan “pakaian dewa” ajaib boleh digunakan untuk bergerak pantas serta menewaskan raksasa.
Visual yang didedahkan mengesahkan kembalinya Princess Sakuna (disuarakan oleh Naomi Ōzora), yang kini tampil dengan pakaian baharu. Turut diperkenalkan ialah watak misteri bernama Hinuka (disuarakan oleh Machico), namun peranannya dalam cerita masih belum didedahkan.

Game baharu ini adalah sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan lagi jenama Sakuna. Kejayaan game asal, Sakuna: Of Rice and Ruin, didorong oleh gabungan penceritaan, simulasi pertanian yang terperinci, serta sistem combat yang menyeronokkan, menjadikannya satu kejayaan besar dari segi pujian dan jualan.
Memandangkan tarikh pelancarannya masih menjadi tanda tanya, peminat disarankan untuk mengikuti laman web rasmi Sakuna: Hinuka Junreitan bagi mendapatkan perkembangan lanjut.









Discussion about this post