Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Legends: Z-A Mendedahkan Watak & Ciri Baharu Termasuk Mega Evolution!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, RPG
0 0
0
Pokémon Legends: Z-A Mendedahkan Watak & Ciri Baharu Termasuk Mega Evolution!
Share on FacebookShare on Twitter

Siaran Pokémon Presents telah mendedahkan pelbagai maklumat menarik mengenai Pokémon Legends: Z-A, yang bakal tiba pada 16 Oktober 2025 untuk Nintendo Switch dan Nintendo Switch 2.

Siaran tersebut memberi gambaran lebih mendalam tentang pengembaraan baharu di Lumiose City, termasuk mekanik gameplay terkini, watak penting, serta fenomena pelik yang menggugat kawasan itu.

Pemain akan meneroka pusat Lumiose City, sebuah bandar yang dipenuhi dengan Pokémon dan pelbagai aktiviti. Pada waktu siang, pemain boleh menjelajahi kawasan liar dan bertembung dengan Alpha Pokémon—varian besar dengan mata merah bersinar yang sukar ditangkap.

Apabila malam menjelma, bandar bertukar menjadi pentas Z-A Royale, sebuah pertandingan kompetitif di mana pemain boleh menaiki tangga ranking.

Apabila mencapai tahap tertentu, mereka perlu menewaskan lawan-lawan yang lebih hebat, termasuk Corbeau, ketua misteri Rust Syndicate, sebuah organisasi rahsia yang beroperasi di sebalik bayang-bayang bandar.

Sepanjang perjalanan, pemain akan bertemu dengan pelbagai watak yang menawarkan misi istimewa. Emma, seorang detektif, akan meminta bantuan untuk mengesan Pokémon atau barang hilang serta bertarung.

Sementara itu, Mable, pengarah sementara Pokémon Research Lab, memerlukan sokongan dalam menyiasat perilaku Pokémon dan peningkatan jumlah mereka dengan ganjaran seperti TM dan item-item berharga.

Setibanya di Lumiose City, pemain akan disambut oleh Urbain atau Taunie dan dijemput menyertai Team MZ: sebuah kumpulan yang komited menjaga keamanan bandar. Ahli-ahlinya termasuk Naveen, pereka fesyen muda yang ditemani Pokémon Scraggy, dan Lida, penari bercita-cita tinggi bersama Staryu.

Bersama-sama, mereka akan berganding bahu menentang ancaman demi memastikan keselamatan Lumiose City.

Namun, satu anomali mengancam kestabilan bandar: sesetengah Pokémon liar tiba-tiba mengalami Mega Evolution dan mengamuk. Quasartico Inc., syarikat yang mengetuai pembangunan semula Lumiose City, menugaskan Team MZ untuk menyiasat kejadian ini.

Pemain akan bertarung dengan Pokémon yang sedang mengamuk dan menenangkan mereka, serta diberi ganjaran Mega Stone sebagai tanda pencapaian.

Salah satu pendedahan terbesar ialah kemunculan Mega Dragonite, versi berevolusi Dragonair termasuk sayap di kepala dan mutiara di hujung ekor. Bentuk baharu ini bukan sahaja pantas, tetapi juga mampu terbang lebih jauh, menjadikannya sekutu yang amat bernilai dalam pertempuran.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Pokémon Legends: Z-A.

Tags: Pokémon Legends: Z-A
ShareTweetSend
Previous Post

Shonen Jump Memperkenalkan “Shonen Five”, Tiada Lagi “Big Three”

Next Post

Pokémon Champions Akan Datang 2026, Gameplay Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pokémon Champions Akan Datang 2026, Gameplay Didedahkan!

Pokémon Champions Akan Datang 2026, Gameplay Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd