Majalah manga ikonik Jepun, Weekly Shonen Jump, kini melancarkan kempen promosi baharu untuk langganan digitalnya yang menjanjikan perubahan besar dengan memperkenalkan “Shonen Jump“: kumpulan lima siri manga baharu yang mencabar norma dan memecah tradisi.
Berbeza daripada trio legenda “Big Three” (Naruto, One Piece, Bleach) dan generasi “Shonen Dark Trio” (Jujutsu Kaisen, Chainsaw Man, Hell’s Paradise), kempen ini menonjolkan wajah-wajah baharu yang menjadi wajah baharu Shonen Jump.

“Shonen Five” menggabungkan satu nama besar dan empat pendatang baharu yang semakin menyerlah: One Piece oleh Eiichiro Oda terus menjadi wajah utama dengan pengembaraan Monkey D. Luffy yang belum pudar popularitinya. Turut bersama ialah
- Kagurabachi karya Tetsuo Hokami, kisah aksi penuh dendam yang mengikuti watak Chihiro Rokuhira
- Sakamoto Days oleh Yuto Suzuki, siri aksi dan humor tentang kehidupan seorang bekas pembunuh upahan, Taro Sakamoto
- Blue Box oleh Kouji Miura, gabungan romantik dan sukan dengan dua remaja, Chinatsu Kano dan Taiki Inomata
- Ichi the Witch hasil kolaborasi Osamu Nishi dan Shiro Usazaki, sebuah fantasi magis baharu yang menampilkan protagonis bernama Ichi
Kelima-lima siri ini, dengan naratif dan watak yang kuat, adalah antara yang terlaris di Shonen Jump, menjadikan mereka duta baharu yang kuat untuk jenama ini.

Selama berpuluh tahun, Weekly Shonen Jump telah mempengaruhi budaya pop global melalui karya seperti Dragon Ball, Naruto dan My Hero Academia. Era “Big Three” telah meninggalkan impak besar, namun dengan berlalunya zaman dan perubahan selera pembaca, majalah ini terus berevolusi.
“Shonen Five” menandakan langkah berani ke hadapan dari aksi intense (Kagurabachi, Sakamoto Days), sukan dan percintaan (Blue Box), hingga elemen magis (Ichi the Witch) yang memenuhi pelbagai cita rasa generasi pembaca baharu. One Piece, yang telah bertahan melalui beberapa generasi, menjadi pendukung barisan baharu ini.

Dengan Kagurabachi dan Sakamoto Days mengungguli carta jualan di Jepun serta Blue Box terus mencuri perhatian, “Shonen Five” mencerminkan strategi Shonen Jump untuk kekal relevan dan mendahului dalam dunia manga yang semakin sengit persaingannya.









Discussion about this post