Pemain PC kini berpeluang memiliki game MMORPG popular Black Desert secara percuma melalui Steam, namun perlu bertindak segera kerana promosi ini hanya berlangsung sehingga 11 Julai 2025, jam 1:00 pagi.
Biasanya dijual pada harga RM15.50, tawaran ini membolehkan pemain menambah game ke dalam pustaka mereka secara kekal, tanpa sebarang bayaran untuk menikmati dunia permainan tersebut.

Promosi ini diadakan sempena Steam Summer Sale, acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh komuniti PC apabila pelbagai game ditawarkan pada harga diskaun. Walaupun banyak tawaran menarik tersedia, Black Desert mencuri perhatian sebagai salah satu game percuma yang paling menonjol.
Untuk menebusnya, hanya perlu ke laman Steam Store, cari Black Desert, dan klik “Add to Account.” Sebaik dimasukkan ke pustaka, game ini akan kekal milik anda selamanya, dan boleh dimuat turun bila-bila masa tanpa had masa atau bayaran tambahan.

Dilancarkan pada tahun 2015, Black Desert dikenali dengan open-world yang indah, grafik yang memukau, dan sistem character creator yang sangat terperinci—menjadikannya pilihan utama untuk pemain yang gemar mencipta avatar unik, termasuk versi digital diri sendiri atau orang lain.
Sistem combat-nya juga berbeza daripada MMORPG biasa, menampilkan aksi pantas dan gaya kombo seperti sebuah 3D fighter. Sama ada dalam mod PvE atau PvP, pemain perlu menguasai kombo dengan tepat untuk berjaya, walaupun pada awalnya mungkin mencabar.
Tambahan terkini termasuk server hardcore yang menawarkan pengalaman lebih mencabar untuk pemain berpengalaman.
Ini bukan kali pertama Black Desert ditawarkan secara percuma di Steam. Promosi serupa pernah diadakan pada penghujung 2024 hingga awal 2025, dan juga pada Mac 2023. Walaupun tidak pasti bila atau sama ada tawaran seperti ini akan kembali, coraknya menunjukkan kemungkinan akan ada lagi pada masa akan datang.
Namun buat masa ini, peminat harus merebut peluang ini sebelum tamat pada 11 Julai. Tebus di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post