Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Update 2.1 Dilancarkan 16 Julai, Memperkenalkan Faction Spook Shack!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Zenless Zone Zero Update 2.1 Dilancarkan 16 Julai, Memperkenalkan Faction Spook Shack!
Share on FacebookShare on Twitter

Zenless Zone Zero oleh HoYoverse bakal menyambut musim panas dengan update Version 2.1 bertajuk “The Impending Crash of Waves” yang akan mula tersedia pada 16 Julai. Musim baru ini membuka tirai Chapter 2 Season 2 dengan memperkenalkan faction baharu, Spook Shack, serta dua kawasan meriah: Sailume Bay dan Fantasy Resort.

Kawasan dan Jalan Cerita Baharu

Dalam update ini, pemain berpeluang meneroka dua lokasi berbeza. Sailume Bay, yang terletak di bawah tebing Failume Heights, menjadi pusat utama kepada kisah Chapter 2. Di sini, organisasi Porcelumex menjalankan misi penyiasatan berisiko tinggi untuk mengatasi ancaman yang dibawa oleh kumpulan Exaltist.

Misi ini diketuai oleh Alice Thymefield, waris keluarga berpengaruh Thymefield yang kini menyertai faction Spook Shack.

Sementara itu, Fantasy Resort menampilkan suasana tropika yang nyaman dengan pantai berpasir, pokok kelapa, dan suasana santai.

Namun, lokasi yang dahulunya indah kini memerlukan pemulihan, dan pemain akan bekerjasama dengan Spook Shack untuk mengembalikan keindahannya melalui aktiviti akuatik dan sambutan musim panas yang meriah.

Watak dan Bangboo Terbaharu

Zenless Zone Zero Version 2.1 memperkenalkan dua agent S-Rank baharu dari Spook Shack.

  • Ukinami Yuzuha ialah agent Physical Support yang bijak dan dibantu oleh tanukinya, Kama, yang membaling bom gula-gula bagi meningkatkan Anomaly Buildup terhadap musuh. Kebolehannya Sweet Scare membolehkannya menyesuaikan dengan elemen agent yang sedang aktif dan mencetuskan serangan Aftershock.

  • Alice Thymefield pula ialah agent Physical Anomaly yang mahir menggunakan pedang. Dia membina Blade Etiquette untuk melancarkan serangan dahsyat yang meningkatkan Assault dan Disorder damage.

Turut menyertai mereka ialah Miss Esme, Bangboo S-Rank yang menyokong agent dengan pemulihan Energy dan HP. Selain itu, agent S-Rank Miyabi (Frost Anomaly) dan Yanagi (Electric Anomaly) turut kembali dalam banner update ini.

Aktiviti dan Acara Musim Panas

Di Fantasy Resort, pelbagai aktiviti bertemakan musim panas menanti. Pemain boleh menyertai:

  • Cabaran surfing, menavigasi pelbagai halangan sambil mengumpul power-up,
  • Permainan menembak berasaskan kapal layar untuk pengalaman pulau yang mencabar,
  • Memancing, kini lebih santai dengan spesies baharu dan sistem interaksi yang dipermudahkan.

Kostum musim panas eksklusif juga tersedia untuk Yuzuha, Alice, dan protagonis utama. Tambahan pula, update ini memperkenalkan:

  • Acara “En-Nah” Chess Legend, sebuah permainan auto battler Bangboo dengan mod PVP,
  • Simulated Battle Trial yang ditambah baik, lengkap dengan sistem pemarkahan baharu yang ganjarannya berdasarkan kemahiran pemain.

Zenless Zone Zero 2.0 tersedia sekarang di PC (Epic Games Store, HoYoPlay), PlayStation 5, iOS, Android, dan Xbox Series X/S. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi.

Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Netmarble Umum Shangri-La Frontier: The Seven Colossi – Game 3D Untuk Mobile!

Next Post

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd