Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Cyberpunk: Edgerunners II Diumumkan Bersama Teaser Trailer!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Anime Cyberpunk: Edgerunners II Diumumkan Bersama Teaser Trailer!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat siri anime Cyberpunk: Edgerunners kini mempunyai sebab untuk bergembira kerana CD Projekt RED dan Studio TRIGGER secara rasmi telah mengumumkan Cyberpunk: Edgerunners II – sebuah sekuel kendiri yang sekali lagi membawa penonton ke dunia kelam dan neon Cyberpunk 2077.

Pengumuman ini dibuat ketika Anime Expo 2025, bersama pengesahan bahawa siri baharu ini mempunyai 10 episod dan akan ditayangkan di Netflix.

Siri pertama yang dilancarkan pada September 2022 berjaya mencuri perhatian ramai dengan visual animasi yang memukau serta jalan cerita penuh emosi yang mengisahkan perjalanan hidup David Martinez, seorang pemuda jalanan yang terjebak dalam dunia tentera upahan di Night City.

Siri tersebut bukan sahaja mendapat sambutan kritikal tetapi turut melonjakkan jualan permainan video Cyberpunk 2077 sehingga melebihi 20 juta unit. Kini, Cyberpunk: Edgerunners II tampil sebagai sebuah kisah baharu, yang digambarkan sebagai “sebuah naratif menyayat hati tentang penebusan dan balas dendam.”

💥Cyberpunk: Edgerunners 2 is in production! 💥

It presents a new standalone 10-episode story from the world of Cyberpunk 2077— a raw chronicle of redemption and revenge.

❓When the world is blinded by spectacle, what extremes do you have to go to make your story matter? 👀… pic.twitter.com/jTMA89N1zK

— Cyberpunk: Edgerunners (@edgerunners) July 4, 2025

Penulis cerita, penerbit, dan showrunner Bartosz Sztybor kembali menerajui produksi kali ini dan berkongsi keterujaannya di pentas Anime Expo:

“Kisah David mungkin telah tamat, tetapi masih banyak lagi yang boleh diterokai di Night City. Untuk sekali lagi bekerjasama dengan studio animasi legenda TRIGGER menjadikan kami di CD Projekt RED amat teruja untuk memperkenalkan sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah kami lakukan sebelum ini.”

Projek ini akan diarahkan oleh Kai Ikarashi, yang sebelum ini terlibat sebagai pengarah animasi, animator dan artis papan cerita untuk siri asal. Beliau kini membuat debut sebagai pengarah utama.

Turut menyertai produksi ialah pereka watak utama Ichigo Kanno (Promare, Cyberpunk: Edgerunners) dan screenplay adaptor Masahiko Otsuka (Gurren Lagann, Promare), memastikan kesinambungan gaya visual dinamik dan sentuhan emosi sama yang membuatkan siri asal begitu digemari.

Cyberpunk: Edgerunners II kini dalam fasa produksi dan akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix. Walaupun butiran lanjut mengenai jalan cerita dan watak masih dirahsiakan, kredibiliti Studio TRIGGER serta janji mereka untuk membawakan sesuatu yang segar pasti menaikkan harapan para peminat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cyberpunk: Edgerunners II
ShareTweetSend
Previous Post

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

Next Post

Anime Black Clover Kembali Dengan Season 2, Sambung “Spade Kingdom Raid Arc!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!
Jom Singgah!

Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
Next Post
Anime Black Clover Kembali Dengan Season 2, Sambung “Spade Kingdom Raid Arc!”

Anime Black Clover Kembali Dengan Season 2, Sambung "Spade Kingdom Raid Arc!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd