Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

JRPG turn-based yang dinanti-nantikan, Persona5: The Phantom X, kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan boleh dimainkan di iOS, Android serta PC.

Hasil kolaborasi antara P-Studio dari Atlus dan Black Wings di bawah Perfect World Games (China), game ini merupakan penambahan terkini kepada siri Persona 5 yang popular, menampilkan gaya combat ikonik, jalan cerita lebih mendalam, serta kumpulan Phantom Thieves baharu yang mengembalikan pemain ke dunia misteri Persona 5.

Kisah kali ini berpusat pada Wonder, protagonis baharu yang bangun daripada mimpi buruk dan mendapati dirinya terperangkap dalam dunia suram dan penuh keputusasaan.

Ditemani oleh makhluk misteri seperti burung hantu bernama Lufel, seorang lelaki berhidung panjang dan wanita berpakaian biru, Wonder perlu menyeimbangkan kehidupan harian dengan cabaran dalam dunia Metaverse bagi mengelakkan kehancuran.

Lebih sejuta pemain telah membuat pra-pendaftaran sebelum pelancaran, dan kesemua ganjaran milestone kini boleh dituntut oleh pemain, termasuk:

  • 20 Contract Draw percuma
  • 15 Weapon Draw percuma
  • Outfit eksklusif untuk Protagonis
  • Avatar Frame dan Player Card eksklusif

||◤
㊗️We've hit 1 million pre-registrations!
||◣
Thank you to everyone for your heartwarming support!🎩
Pre-register by following our official social media or through a store
See here for details: https://t.co/MelHuQo6ga
━━━━━━#P5X #P5 #persona5x #P5XSEA pic.twitter.com/t8iyk7658q

— Persona5: The Phantom X (@P5XSEA) June 27, 2025

Bermula hari ini hingga 31 Julai 2025 (jam 5:00 pagi GMT+8), acara kolaborasi istimewa bersama watak asal dari Persona 5 turut berlangsung. Watak ★5 (Curse) Joker kini tersedia dalam acara ini dan disuarakan oleh Jun Fukuyama.

Bagi yang belum mengenali, Joker ialah protagonis utama dalam game Persona 5, seorang pelajar sekolah menengah yang membangkitkan Persona miliknya, Arsène, sewaktu menghadapi detik genting dalam hidupnya.

Sepanjang tempoh pelancaran ini, pemain yang log masuk dan melengkapkan misi tertentu berpeluang menerima pelbagai ganjaran eksklusif termasuk:

  • Senjata eksklusif Wonder
  • Tambahan Contract Draw
  • Phantom Thief dan Weapon Selection Box
  • Outfit eksklusif Protagonis
  • Emoji chat
  • Pelbagai item dalam game bernilai tinggi

Pada masa yang sama, acara Beginner Contract Draw kini sedang berlangsung. Pemain yang melengkapkan 50 cabutan akan mendapat peluang dijamin untuk memilih salah satu ahli Phantom Thieves terhad masa – Ann, Morgana, atau Ryuji – untuk menyertai pasukan mereka.

Persona5: The Phantom X kini boleh dimuat turun secara rasmi di iOS, Android dan PC di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Persona5: The Phantom X
ShareTweetSend
Previous Post

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

Next Post

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai
Anime

Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai

July 3, 2025
Next Post
Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd