Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Rivals Season 3 Bakal Tiba 11 Julai Bersama Phoenix, Peta Klyntar & Banyak Lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel Rivals Season 3 Bakal Tiba 11 Julai Bersama Phoenix, Peta Klyntar & Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Games dan NetEase Games telah mendedahkan maklumat penuh mengenai Marvel Rivals Season 3 yang dinamakan The Abyss Awakens, akan dilancarkan pada 11 Julai.

Musim baharu ini menampilkan Phoenix sebagai hero terkini yang boleh dimainkan, peta baharu bernama Klyntar: Celestial Husk, serta pelbagai kandungan tambahan termasuk ciri, acara dan Team-Ups baharu.

Bermula musim ini, Marvel Rivals akan memperkenalkan musim baharu setiap dua bulan, memastikan gameplay kekal segar dan terus berkembang. Peminat boleh menonton episod terbaharu Dev Vision untuk melihat kandungan yang akan datang dengan lebih dekat.

Phoenix Hadir Sebagai Duelist Terbaharu

Sebagai Ranged Duelist, Phoenix sebenarnya wujud dalam diri Jean Grey (salah satu ahli original X-Men), dan menggunakan kebolehan psikik hebat yang diperkuatkan oleh Phoenix Force, satu entiti kosmik yang mewakili kehidupan dan tenaga psionik.

Phoenix mampu menghasilkan serangan jarak jauh yang besar, atau mengganggu musuh secara taktikal melalui set kebolehannya. Keupayaannya membolehkan dia mencetuskan huru-hara dalam pasukan lawan, termasuk Ultimate yang memberikan serangan hebat dan menyingkirkan sebarang elemen “summon” dalam kawasan tertentu.

Klyntar: Celestial Husk – Peta Baharu

KLYNTAR IS ABOUT TO IGNITE pic.twitter.com/ZqetF7xvC0

— Marvel Rivals (@MarvelRivals) June 30, 2025

Marvel Rivals Season 3 turut memperkenalkan peta terbaharu, Klyntar: Celestial Husk, sebuah lokasi unik yang terbentuk hasil kemusnahan Knull. Setelah membunuh beberapa Celestial, Knull membiarkan kepala salah satu makhluk itu hanyut ke angkasa—yang kemudian dikenali sebagai Knowhere.

Sementara itu, tubuh Celestial itu terus terapung di orbit Klyntar, terhakis oleh kekuatan gelap Knull dan tenaga kosmik selama berabad-abad. Kini, sisa tubuh Celestial itu telah jatuh ke permukaan Klyntar, membentuk medan perang yang suram dan aneh untuk diterokai para pemain.

Kandungan Baharu dan Kemas Kini

The Abyss Awakens turut membawa pelbagai penambahbaikan menarik ke dalam Marvel Rivals. Antaranya termasuk sistem “mission” yang telah dirombak sepenuhnya, pilihan customization baharu melalui sistem aksesori, serta empat Team-Ups terbaharu yang membuka peluang strategik.

Mod kompetitif serba baharu dijangka diperkenalkan pada separuh kedua musim ini, memberikan cabaran segar kepada pemain berpengalaman. Senarai hero juga akan diperluaskan dengan kehadiran Blade, menambah satu lagi watak kegemaran peminat ke dalam game.

Musim ini turut menyertakan battle pass baharu serta kemas kini imbangan hero, memastikan gameplay lebih stabil, menyeronokkan, dan adil untuk semua pemain.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk patch notes penuh di laman rasmi Marvel Rivals.

Tags: Marvel Rivals
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA STORE TOKYO Dibuka di Shibuya, Membawa Barangan Eksklusif & Pengalaman Imersif

Next Post

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd