SEGA bakal melancarkan kedai flagship pertamanya di Jepun, iaitu SEGA STORE TOKYO, yang akan mula dibuka pada 18 Julai 2025 di tingkat enam Shibuya PARCO.
Pembukaan ini hadir selepas kejayaan SEGA STORE SHANGHAI yang dilancarkan pada Mei 2025, dan merupakan langkah penting dalam strategi transmedia SEGA yang ingin memperluas penyampaian kandungan hiburan berkualiti ke seluruh dunia.
Terletak di CYBERSPACE SHIBUYA, SEGA STORE TOKYO menjanjikan pengalaman membeli-belah yang imersif untuk pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Reka bentuk dalaman kedai menggabungkan elemen visual Shibuya dengan teknologi hologram 3D canggih, mencipta suasana yang hidup sambil meraikan legasi 60 tahun SEGA menerusi watak-watak ikonik dan harta inteleknya.
Barangan Eksklusif Menarik
Pengunjung SEGA STORE TOKYO akan disajikan dengan pelbagai barangan eksklusif yang memaparkan watak-watak kegemaran dari SEGA dan ATLUS, antaranya:
- Mainan Eksklusif Sonic the Hedgehog x Kosuke Kawamura: Koleksi edisi terhad ini menampilkan Sonic dalam rekaan unik oleh artis kolaj terkenal Kosuke Kawamura, yang menggabungkan gaya seni shredder dan teknik kolaj khasnya.

- BE@RBRICK SONIC THE HEDGEHOG Versi Chrome (100% & 400%): Hasil kolaborasi istimewa dengan siri BE@RBRICK yang popular, dikeluarkan khas sempena pembukaan besar kedai ini.

- Siri Plush SEGA Cooro: Koleksi plushie comel dan mudah alih menampilkan watak dari Sonic the Hedgehog (Sonic, Tails, Knuckles, Amy, Shadow, Dr. Eggman) dan Like a Dragon (Ichiban Kasuga, Kazuma Kiryu, Goro Majima).

- …Dan pelbagai lagi produk lain yang diinspirasikan oleh judul utama SEGA dan ATLUS.

Sambutan Pembukaan Istimewa
Bagi memeriahkan pembukaan SEGA STORE TOKYO, beberapa aktiviti menarik akan diadakan dari 18 hingga 21 Julai 2025, termasuk:
- Hadiah Eksklusif Percuma: Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya ¥7,000 akan menerima tumbler SEGA percuma dalam salah satu daripada empat warna (white, black, silver, atau gold yang rare), yang akan diberikan secara rawak.

- Sesi Bertemu Sonic: Peluang eksklusif untuk bertemu secara langsung dengan Sonic the Hedgehog semasa hujung minggu pembukaan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post