Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Tempatan
0 0
0
Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda boleh memasuki dunia Squid Game sekarang kerana LaLaport Bukit Bintang City Centre sedang menganjurkan acara eksklusif sempena pelancaran Squid Game Season 3, bermula hari ini!

Dari 27 hingga 29 Jun 2025, peminat dan pengunjung boleh merasai pengalaman unik di Level G, Gate Plaza, dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.

Sambutan ini dimeriahkan dengan kad jemputan gergasi ala Squid Game yang pasti menarik perhatian, menjadikannya satu peluang istimewa untuk merasai suasana permainan tanpa pertaruhan nyawa!

Kredit: Digital Braves

Acara percuma ini terbuka kepada semua dan menampilkan tiga zon interaktif berasaskan musim pertama, kedua, dan ketiga, diselitkan dengan elemen budaya Malaysia. Sama ada anda peminat setia siri ini atau sekadar mencari aktiviti menarik hujung minggu, acara ini menjanjikan keseronokan buat semua.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda cuba:

Musim 1: Cabaran Dalgona

Kredit: Digital Braves

Rasai semula detik ikonik cabaran Dalgona dari musim pertama, tetapi kali ini dengan sentuhan tempatan iaitu potongan gula-gula berbentuk Wau Bulan! Tiada tekanan untuk mengukir bentuk di sini. Cukup sekadar bergambar dengan prop Dalgona bersaiz gergasi untuk kenangan.

Musim 2: Biseokchigi Versi Malaysia

Kredit: Digital Braves

Diadaptasi daripada permainan membalik batu, zon ini menampilkan versi kreatif menggunakan selipar Malaysia bersaiz besar! Tak perlu kemahiran khas… hanya bergambar gaya santai bersama selipar gergasi ini untuk memori yang mencuit hati.

Musim 3: Cabaran Lompat Tali

Kredit: Digital Braves

Cabaran ini menguji ketangkasan anda dalam versi lompat tali yang diinspirasikan dari musim terbaru. Bayangkan diri anda sedang mengimbangi tali tinggi — lompat ke kiri, ke kanan dan kembali dalam masa 15 saat sambil mengelak ‘tanda silang’ dari Masked Men.

Aktiviti ini menyeronokkan dan dijamin selamat, sesuai untuk merasai aksi sebenar Squid Game!

Kredit: Digital Braves

Untuk mengambil bahagian, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia yang sah, dan mendaftar melalui Borang Google rasmi. Slot masa cabaran adalah seperti berikut:

Jumaat, 27 Jun:

  • 2:00 petang – 3:00 petang
  • 5:00 petang – 7:00 malam

Sabtu, 28 Jun & Ahad, 29 Jun:

  • 10:00 pagi – 11:00 pagi
  • 2:00 petang – 3:00 petang
  • 5:00 petang – 7:00 malam
Kredit: Digital Braves

Jadi, apa tunggu lagi? Serbu LaLaport Bukit Bintang City Centre hujung minggu ini untuk merasai sendiri pengalaman Squid Game tanpa sebarang risiko nyawa!

Tags: Squid Game
ShareTweetSend
Previous Post

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

Next Post

Demon Slayer: Infinity Castle Tampilkan Pertarungan-Pertarungan Epik Yang Menanti Peminat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Demon Slayer: Infinity Castle Tampilkan Pertarungan-Pertarungan Epik Yang Menanti Peminat

Demon Slayer: Infinity Castle Tampilkan Pertarungan-Pertarungan Epik Yang Menanti Peminat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd