Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch App Kini Tersedia di Malaysia, Membawa Pelbagai Fungsi Untuk Pemain Switch

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2025
in Aplikasi, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Teknologi
0 0
0
Nintendo Switch App Kini Tersedia di Malaysia, Membawa Pelbagai Fungsi Untuk Pemain Switch
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo kini telah melancarkan Nintendo Switch App untuk peranti iOS dan Android di Malaysia, yang boleh dimuat turun secara percuma mulai semalam.

Aplikasi ini direka untuk mempertingkat pengalaman bermain bagi pengguna Nintendo Switch dan Switch 2, menawarkan pelbagai fungsi seperti sambungan sosial, perkongsian media, dan ciri khusus dalam game.

Melalui aplikasi ini, pemain boleh berhubung dengan komuniti mereka dengan mudah. Ia membolehkan akses ke senarai rakan Nintendo Switch atau Switch 2, melihat siapa yang sedang online, game yang sedang dimainkan oleh rakan, serta menerima notifikasi apabila rakan log masuk.

Menambah rakan juga menjadi lebih mudah menerusi imbasan kod QR atau pertukaran kod rakan secara langsung dalam aplikasi.

Pengguna turut boleh memindahkan gambar dan video dari album Nintendo Switch 2 ke telefon pintar mereka, lalu menyimpannya atau berkongsi terus ke media sosial. Aplikasi ini menyokong paparan sehingga 100 gambar atau video terkini dalam tempoh 30 hari, dan ciri ini tidak memerlukan langganan Nintendo Switch Online.

Untuk beberapa game terpilih, aplikasi ini turut menyokong voice chat semasa bermain online. Sistem ini akan disesuaikan secara automatik mengikut aktiviti dalam game. Sebagai contoh, dalam game seperti Splatoon 3, pemain boleh memilih untuk bersembang hanya dengan rakan sepasukan.

Namun, voice chat ini memerlukan langganan Nintendo Switch Online dan tidak tersedia untuk game eksklusif Switch 2.

Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan fungsi khas untuk beberapa game utama Nintendo:

  • Animal Crossing: New Horizons – Pemain boleh memindahkan reka bentuk custom dari versi Nintendo 3DS ke New Horizons, dan menghantar mesej dalam game melalui telefon pintar mereka.
  • Super Smash Bros. Ultimate – Pengguna boleh menonton video yang dimuat naik, memuat turun peringkat yang direka pengguna lain, dan menerima notifikasi tentang acara yang akan datang.
  • Splatoon 3 – Pemain boleh melihat status online rakan, semak keputusan perlawanan secara terperinci, statistik Salmon Run, kedudukan ranking, dan jadual terkini.
  • The Legend of Zelda: Breath of the Wild & Tears of the Kingdom (versi Switch 2) – Ciri “ZELDA NOTES” membolehkan navigasi suara yang membantu pemain mencari kawasan atau shrine yang belum dijelajahi, termasuk panduan bersuara oleh watak Zelda dan lain-lain dalam lokasi tertentu.

Rancangan Masa Depan

Aplikasi Nintendo Switch kini boleh dimuat turun secara percuma melalui iOS App Store dan Google Play Store di Malaysia. Sesetengah ciri seperti pemindahan media boleh digunakan tanpa langganan, tetapi fungsi seperti voice chat dan kandungan khas dalam game memerlukan langganan Nintendo Switch Online.

Walaupun aplikasi telah tersedia, Nintendo Switch Online dan Nintendo eShop masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Namun, Nintendo telah mengesahkan bahawa mereka merancang untuk membawa kedua-dua perkhidmatan ini ke pasaran tempatan, dengan pengumuman lanjut bakal dibuat tidak lama lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nintendo Switch App
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Next Post

STALKER 2: Heart of Chornobyl Patch 1.5 Menambah Senjata, Gameplay Baharu & Sokongan Mod Rasmi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!
Berita

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

June 26, 2025
Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!
Berita

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

June 26, 2025
Next Post
STALKER 2: Heart of Chornobyl Patch 1.5 Menambah Senjata, Gameplay Baharu & Sokongan Mod Rasmi

STALKER 2: Heart of Chornobyl Patch 1.5 Menambah Senjata, Gameplay Baharu & Sokongan Mod Rasmi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd