Siri popular yang mencetus fenomena global, Squid Game, tampil dengan kejutan baharu apabila memperkenalkan kelainan kepada watak Choi Su-bong, yang lebih dikenali sebagai Thanos, lakonan asal Choi Seung-hyun (T.O.P). Dalam video promosi terbaharu untuk musim ketiga Squid Game, Netflix Malaysia menampilkan pelakon muda berbakat tempatan, Amir Ahnaf, sebagai Thanos versi Malaysia.
Amir Ahnaf, yang dikenali dengan lakonan dan karismanya, muncul dalam sebuah video parodi yang menghidupkan semula momen-momen ikonik dari siri asal. Bermula daripada permainan “Red Light, Green Light,” cabaran sengit “Round and Round,” hinggalah babak “garpu”, Amir menyerlah dengan gaya tersendiri sambil menyuntik unsur lokal yang menghiburkan. Turut memeriahkan video ini ialah Melissa Tan, Shaqur, Aravinn Vharmaan, Aush, dan Allen yang memegang watak versi tempatan bagi para pemain dan askar Pink Guard.
Para peminat boleh menonton video ini menerusi platform media sosial rasmi Netflix Malaysia seperti on Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube.
Bagi yang tidak sabar untuk menyelami dunia Squid Game, Netflix Malaysia bakal menganjurkan pengalaman sinematik imersif di LaLaport Bukit Bintang City Centre dari 27 hingga 29 Jun 2025. Butiran lanjut mengenai acara ini akan dikongsikan tidak lama lagi.
Squid Game Musim 3 akan mula ditayangkan secara eksklusif di Netflix pada 27 Jun 2025.
@gamersantaimy
Discussion about this post