Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembelian Tiket Kini Dibuka Untuk HoYo FEST 2025 Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Pembelian Tiket Kini Dibuka Untuk HoYo FEST 2025 Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYo FEST 2025, sudah semakin hampir, dan pembelian tiket kini telah bermula! Tanda kalendar anda pada 24 hingga 27 Julai 2025, dan kunjungi Pavilion Exhibition Centre Bukit Jalil, Halls 1 & 2, untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan, anjuran HoYoverse.

Tiket boleh didapati melalui laman web rasmi HoYo FEST 2025 di SINI, tetapi bertindak cepat kerana tiket Fast Pass untuk semua hari sudah habis dijual!

HoYo FEST adalah sambutanb tahunan HoYoverse yang direka khusus untuk peminat Asia Tenggara, menyatukan game-gameikonik seperti Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero.

Sama ada anda pemain tegar atau baru mula menjelajahi dunia-dunia menarik ini, festival ini menjanjikan pelbagai aktiviti, barangan eksklusif, dan komuniti yang meriah.

Melangkah masuk ke zon bertema yang menghidupkan setiap game HoYoverse dengan pameran interaktif dan aktiviti menarik. Kumpul hadiah eksklusif percuma semasa meneroka, dan jangan lepaskan peluang untuk melawat Artist Alley, tempat bakat tempatan mempamerkan karya original mereka.

HoYoverse Official Merchandise Store akan menawarkan barangan edisi terhad, sesuai untuk pengumpul. Rasa bertuah? Sertai cabutan bertuah untuk peluang memenangi hadiah menarik!

Sorotan tahun ini adalah pentas HoYo FEST baharu, menampilkan barisan persembahan yang penuh tenaga, aktiviti dianjurkan oleh peminat, dan pameran cosplay watak-watak kegemaran. Nyanyi bersama lagu-lagu HoYoverse dan sertai segmen permainan interaktif yang meraikan semangat komuniti.

Maklumat Tiket

  • Tiket Biasa (RM22.00 sehari)
    • Tersedia untuk hari individu (24, 25, 26, atau 27 Julai)
    • Termasuk:
      • Wristband
      • Baucar Stamp Collection
    • Masuk bermula dari 11:00 Pagi
  • Tiket Biasa 4-Hari (RM65.00)
    • Akses untuk kesemua empat hari
    • Termasuk semua faedah Tiket Biasa 1-Hari untuk setiap hari
  • Tiket Fast Pass (RM80.00 sehari) – HABIS DIJUAL
    • Kuantiti terhad, akses keutamaan dari 10:00 Pagi
    • Termasuk:
      • Wristband
      • Baucar Stamp Collection
      • Akses keutamaan ke HoYoverse Experience Zone, semua reruai game HoYoverse, dan photo booth HoYo FEST
      • Hadiah percuma terjamin di semua reruai game
      • Commemorative Passport Eksklusif HoYo FEST 2025
      • Lanyard Eksklusif dengan Pemegang ID DIY
      • Tiket Cabutan Bertuah
  • Masuk Percuma
    • Kanak-kanak di bawah 6 tahun boleh masuk secara percuma apabila ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang mempunyai tiket masuk yang sah. Perlu menunjukkan kad pengenalan yang sah untuk pengesahan.
    • Tiket ini hanya boleh ditebus di kaunter tiket di lokasi acara.
  • Diskaun
    • Warga OKU boleh menikmati diskaun 50% untuk mana-mana tiket acara. Perlu menunjukkan Kad OKU yang sah untuk pengesahan. Tiket ini hanya boleh dibeli di kaunter tiket di lokasi acara.

Lawati laman web rasmi untuk maklumat penuh acara dan untuk menempah tempat anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HoYo FEST 2025 Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Shadow Labyrinth – Mengimaginasikan Pac-Man sebagai Metroidvania Gelap

Next Post

Amir Ahnaf Jadi Thanos Versi Melayu dalam Promo Squid Game

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter
Filem

Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter

June 24, 2025
Game Mobile Black Clover M Terpaksa Ditutup Pada Ogos 2025
Mobile

Game Mobile Black Clover M Terpaksa Ditutup Pada Ogos 2025

June 24, 2025
Next Post
Amir Ahnaf Jadi Thanos Versi Melayu dalam Promo Squid Game

Amir Ahnaf Jadi Thanos Versi Melayu dalam Promo Squid Game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd