Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Story Trailer Borderlands 4 Memaparkan Kairos dan Perjuangan Menentang Timekeeper

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Story Trailer Borderlands 4 Memaparkan Kairos dan Perjuangan Menentang Timekeeper
Share on FacebookShare on Twitter

Hujung minggu lalu, 2K dan Gearbox Software telah memperkenalkan ‘Story Trailer’ rasmi untuk Borderlands 4, memberi gambaran awal kepada pemain tentang planet Kairos yang kini berada di bawah cengkaman kuku besi Timekeeper: seorang diktator kejam yang mengetuai tentera sintetik dikenali sebagai The Order.

Timekeeper memerintah dari Dominion City, sebuah kubu kuat yang tidak dapat ditembusi. Kekuasaan diktator ini diperkuatkan dengan penggunaan alat siber menakutkan yang dipanggil Bolt, yang dipasang secara paksa ke dalam tubuh rakyatnya untuk memastikan mereka sentiasa patuh.

Namun, kekuasaan Timekeeper mula tergugat dengan kemunculan Elpis, bulan milik Kairos, yang membawa kemusnahan besar ke seluruh planet.

Ketika Dominion City berada dalam mod terkunci, Timekeeper mengerahkan para Commander untuk memadamkan kekacauan yang sedang berlaku, manakala dirinya terus mengawal empayarnya dari menara tinggi di pusat pemerintahan. Di sebalik semua itu, rakyat Kairos mula memberontak, dan bibit revolusi mula menyala.

Lebih menarik, Claptrap kembali dalam peranan baharu, mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Crimson Resistance. Dengan penuh lagak, dia merekrut Vault Hunters untuk melancarkan pemberontakan menentang pemerintahan zalim Timekeeper.

Trailer tersebut turut memaparkan detik di mana para Vault Hunters, selepas terhempas di permukaan Kairos, ditangkap dan dipasangkan dengan peranti tersebut, menjadi titik tolak kepada perjuangan mereka untuk membebaskan diri daripada cengkaman rejim tersebut.

Pemain bakal meredah kawasan berbahaya di seluruh Kairos, memanfaatkan berbilion jenis senjata unik sambil berhadapan dengan ancaman raksasa mekanikal, kumpulan perompak kejam, dan binatang buas.

Dengan penambahan mekanik pergerakan baharu seperti double jump, gliding, dodge, dan grapple ke titik tetap, Borderlands 4 menjanjikan aksi tembak-menembak yang lebih sengit dan huru-hara daripada sebelum ini.

Seperti biasa, Borderlands 4 mengekalkan identiti sebagai looter-shooter dengan aksi cooperative, sistem pertempuran bebas, serta pertarungan bos yang mendebarkan. Empat pemain boleh bekerjasama sebagai empat Vault Hunter baharu, masing-masing membawa gaya permainan tersendiri ke medan perang.

Dengan lambakan loot yang tidak terkira dan barisan watak — sama ada baharu mahupun yang kembali — yang pasti mencuit hati, game ini bakal menyajikan sebuah pengembaraan sains fiksyen yang penuh gaya dan gila seperti yang diimpikan peminat selama ini.

Borderlands 4 akan dilancarkan pada 12 September 2025 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta PC melalui Steam dan Epic Games Store. Pra-tempahan kini sudah dibuka.

Untuk membaca semua previu kami tentang Borderlands 4 selain daripada Story Trailer ini, termasuk temubual eksklusif bersama CEO Gearbox, klik SINI. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Borderlands.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands 4
ShareTweetSend
Previous Post

SpongeBob SquarePants Akan Datang Ke Sonic Racing: CrossWorlds Melalui Season Pass!

Next Post

Reviu Death Stranding 2: On the Beach – Bukan Lagi “Walking Simulator,” Pengalaman Kini Lebih Revolusi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Shadow Labyrinth – Mengimaginasikan Pac-Man sebagai Metroidvania Gelap
Temuramah

Interviu Shadow Labyrinth – Mengimaginasikan Pac-Man sebagai Metroidvania Gelap

June 23, 2025
Previu Shadow Labyrinth – Combat Kejam, Sesuai Dengan Konsepnya Yang Berubah!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Combat Kejam, Sesuai Dengan Konsepnya Yang Berubah!

June 23, 2025
Unboxing Death Stranding 2: On The Beach Collector’s Edition & DualSense Edisi Terhad
Unboxing

Unboxing Death Stranding 2: On The Beach Collector’s Edition & DualSense Edisi Terhad

June 23, 2025
Next Post
Reviu Death Stranding 2: On the Beach – Bukan Lagi “Walking Simulator,” Pengalaman Kini Lebih Revolusi!

Reviu Death Stranding 2: On the Beach - Bukan Lagi "Walking Simulator," Pengalaman Kini Lebih Revolusi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd