Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SpongeBob SquarePants Akan Datang Ke Sonic Racing: CrossWorlds Melalui Season Pass!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
SpongeBob SquarePants Akan Datang Ke Sonic Racing: CrossWorlds Melalui Season Pass!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA mengejutkan ramai peminat semalam dengan pengumuman bahawa SpongeBob SquarePants akan menyertai barisan pelumba dalam Sonic Racing: CrossWorlds menerusi Season Pass dalam Edisi Digital Deluxe.

Trailer terbaru mempamerkan SpongeBob dan Patrick memecut di atas litar menggunakan Patty Wagon yang ikonik, sambil meluncur melalui laluan penuh warna-warni di Bikini Bottom bersama Sonic dan rakan-rakannya.

Namun, keseronokan Season Pass ini tidak terhenti di situ sahaja. Sonic Racing: CrossWorlds turut mengacah lebih banyak crossover menarik selain SpongeBob SquarePants, termasuk Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem dan Avatar Legends yang bakal tiba sebagai DLC akan datang.

Ia akan disertakan bersama kandungan crossover Minecraft yang sudah diumumkan sebelum ini, serta pelbagai elemen dari siri Netflix, Sonic Prime. Tambahan pula, dua lagi kolaborasi masih dirahsiakan dan akan diumumkan pada masa akan datang.

Selain kandungan berbayar, pemain juga boleh menantikan kemunculan watak-watak popular dari luar dunia Sonic melalui update percuma. Antaranya termasuk Hatsune Miku, Joker dari Persona 5 Royal, dan Ichiban Kasuga dari Like a Dragon. SEGA turut menjanjikan lebih banyak kejutan lain yang sedang dirancang untuk masa hadapan.

Dibangunkan oleh pasukan SEGA, Sonic Racing: CrossWorlds menjanjikan perlumbaan penuh aksi, membolehkan pemain dari seluruh dunia bertarung dalam perlumbaan yang penuh cabaran dan kejutan. Pemain akan berlumba merentasi daratan, lautan, udara, dan—dengan bantuan Travel Ring—pelbagai dunia berbeza!

Cipta kenderaan impian anda, manfaatkan pelbagai item unik, dan tinggalkan pesaing jauh di belakang. Dengan pelbagai mod offline dan online, anda boleh berlumba secara solo atau menentang pemain lain dari seluruh dunia!

Sonic Racing: CrossWorlds bakal dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Steam, dan Epic Games Store pada 25 September 2025.

Versi Steam dan Epic Games Store akan menyusul sehari kemudian, pada 26 September, manakala versi untuk Nintendo Switch 2 pula dijadualkan pada tarikh akan datang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Sonic Racing: CrossWorldsspongebob squarepants
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Malaysia Melancarkan ‘Fragrance Mouse’ Pertama di Dunia Dengan Tawaran Eksklusif Beli-Satu-Percuma-Satu!

Next Post

Story Trailer Borderlands 4 Memaparkan Kairos dan Perjuangan Menentang Timekeeper

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Story Trailer Borderlands 4 Memaparkan Kairos dan Perjuangan Menentang Timekeeper

Story Trailer Borderlands 4 Memaparkan Kairos dan Perjuangan Menentang Timekeeper

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd