Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-Order Borderlands 4 Kini Dibuka, Lengkap dengan Pelan Post-Launch Menarik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Pre-Order Borderlands 4 Kini Dibuka, Lengkap dengan Pelan Post-Launch Menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Pre-order untuk Borderlands 4 kini dibuka, seperti yang diumumkan oleh penerbit 2K bersama pembangun Gearbox Software. Akan keluar pada 12 September 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store, versi Nintendo Switch 2 pula bakal menyusul pada hujung tahun.

Pemain kini boleh memilih antara beberapa edisi dengan pelbagai bonus eksklusif, dan 2K turut mendedahkan rancangan kandungan pasca pelancaran yang akan memastikan pemain kekal terhibur selepas pelancaran.

Tiga edisi ditawarkan mengikut platform dan harga:

  • Edisi Standard
    • Menampilkan base game.
    • Harga: RM239 (Steam, Epic Games Store), RM339 (PS5)

  • Edisi Deluxe
    • Disertakan bersama “Bounty Pack Bundle” yang menawarkan empat DLC pasca pelancaran — termasuk kawasan baharu, misi, bos, senjata, peralatan, kenderaan, kosmetik Vault Hunter, serta empat Vault Card dengan ganjaran dan cabaran tersendiri. Juga merangkumi Weapon Skin Firehawk’s Fury.
    • Harga: RM329 (Steam, Epic Games Store), RM485 (PS5)
  • Edisi Super Deluxe
    • Mengandungi semua dari Edisi Deluxe, ditambah “Vault Hunter Pack” yang menyediakan dua Story Pack baharu. Setiap satu memperkenalkan Vault Hunter baru, misi sampingan, dua kawasan peta, senjata, peralatan tambahan, dan kosmetik. Juga termasuk Ornate Order Pack dengan empat skin Vault Hunter, kepala, dan tubuh.
    • Harga: RM429 (Steam, Epic Games Store), RM629 (PS5)

Semua pra-tempah, tanpa mengira edisi, akan menerima Gilded Glory Pack yang merangkumi satu skin Vault Hunter, satu Weapon Skin, dan satu skin Dron ECHO-4.

2K dan Gearbox komited untuk terus menyokong Borderlands 4 dengan kandungan tambahan percuma dan berbayar yang akan dikembangkan dari semasa ke semasa.

Pemilik edisi Deluxe dan Super Deluxe akan mendapat akses kepada beberapa pakej DLC seperti Bounty Pack Bundle dan Vault Hunter Pack, yang memperkenalkan kandungan cerita dan watak baharu serta pelbagai cabaran.

Walaupun butiran penuh masih belum dikongsi, sejarah Gearbox menunjukkan bahawa peminat boleh menjangkakan aliran kandungan tambahan yang konsisten dan kaya. Maklumat lanjut mengenai perancangan selepas pelancaran akan didedahkan menjelang tarikh pelancaran.

Untuk pre-order Borderlands 4, tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands 4
ShareTweetSend
Previous Post

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
Kemajuan One Piece Remake Masih Perlahan, Tetapi Kerja Berterusan, Kata Pereka Watak
Anime

Kemajuan One Piece Remake Masih Perlahan, Tetapi Kerja Berterusan, Kata Pereka Watak

June 16, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd