Konami telah berkongsi maklumat terbaru mengenai Metal Gear Solid Δ: Snake Eater, termasuk pengenalan mod multiplayer online baharu yang dinamakan Fox Hunt, serta beberapa minigame eksklusif yang hanya tersedia di platform tertentu.
Diumumkan dalam acara siaran langsung Konami Press Start, Fox Hunt digambarkan sebagai “mod multiplayer online yang benar-benar asli,” menurut pengarah mod tersebut, Yu Sahara.
Meskipun latarnya masih dalam dunia Metal Gear Solid Delta: Snake Eater, Fox Hunt menyajikan gaya gameplay yang berbeza dan tidak mengikut format Metal Gear Online terdahulu yang mungkin masih segar dalam ingatan peminat lama.
“Dunia permainan multiplayer sudah banyak berubah sejak zaman Metal Gear Online,” jelas Sahara. “Kami sangat teliti dalam mereka bentuk mod online baharu ini.”

Fox Hunt menggabungkan elemen stealth dan survival yang menjadi elemen siri Metal Gear. Mekanik penyamaran dan permainan ‘hide-and-seek’ dipertingkatkan untuk memberikan pengalaman online yang unik. “Kami mahu hasilkan sesuatu yang lebih daripada sekadar aksi tembak-menembak,” ujar Sahara.
“Tekanan untuk kekal tersembunyi atau mencari musuh adalah nadi utama Fox Hunt.” Walaupun belum banyak yang didedahkan, Konami berjanji akan berkongsi lebih banyak maklumat tidak lama lagi dan mengajak peminat agar terus menantikan perkembangan selanjutnya.

Sebagai tambahan, Konami turut mengumumkan minigame eksklusif mengikut platform. Pengguna PlayStation 5 dan PC akan mendapat akses kepada minigame “Snake vs. Monkey” yang menampilkan karakter dari siri Ape Escape.
Manakala pemain Xbox Series pula akan menerima minigame “Snake vs. Bomberman”, menawarkan pengalaman unik khas untuk pengguna konsol Microsoft.
Metal Gear Solid Delta: Snake Eater akan dilancarkan pada 28 Ogos untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post