Konami mengumumkan bahawa demo untuk aksi RPG 3D, EDENS ZERO, kini boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC menerusi Steam serta Microsoft Store. Dalam demo ini, pemain berpeluang mencuba bab pembukaan game, dan save data boleh dibawa terus ke versi penuh apabila ia dilancarkan pada 15 Julai 2025.
Berdasarkan manga EDENS ZERO hasil ciptaan Hiro Mashima, yang juga dikenali dengan Fairy Tail dan Rave Master, game ini mengikuti perjalanan Shiki Granbell, seorang pengembara muda dengan kuasa Ether Gear yang membolehkannya mengawal graviti.
Pengembaraan bermula di planet Granbell sebelum Shiki menyertai Rebecca Bluegarden, kucingnya Happy, Weisz Steiner, Homura Kôgetsu dan lain-lain di atas kapal perang Edens Zero dalam misi mencari dewi dikenali sebagai Mother.

Pemain akan meneroka dunia terbuka merentasi pelbagai planet, antaranya Blue Garden, dengan pelbagai mekanik pergerakan dinamik seperti berlari di dinding dan memanjat siling.
Lebih 200 misi menanti, termasuk Episode berasaskan jalan cerita, Guild Quest untuk naik pangkat, serta kandungan baru yang ditulis sendiri oleh Mashima bagi memperluas dunia EDENS ZERO.

Combat menjadi tumpuan utama game ini, menampilkan sekurang-kurangnya lapan watak yang boleh dimainkan, masing-masing dengan gaya Ether Gear tersendiri termasuk kawalan graviti, serangan jarak dekat, tembakan dari jauh, dan magic.
Pemain boleh menggabungkan serangan biasa dengan Finishing Attack dan Special Skill, serta menggunakan sistem Overboost untuk menguatkan serangan dan pertahanan.
Pilihan customization watak juga sangat luas, dengan lebih 700 item yang boleh dipakai untuk mengubah stats dan penampilan, serta skill tree bagi membuka serta menaik taraf abiliti Ether Gear.

Kapal Edens Zero pula berfungsi sebagai hab utama di mana pemain boleh menaik taraf peralatan, memasak bagi mendapatkan kesan tambahan, bermain minigame, dan merekrut kru (termasuk bekas musuh) untuk memperkaya interaksi serta menaik taraf kapal.

Demo EDENS ZERO ini memberi gambaran awal tentang pengembaraan penuh aksi yang menanti, sebelum versi penuh dilancarkan pada 15 Julai 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC. Maklumat lanjut di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post