Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Omniscient Reader: The Prophecy Bakal Menemui Penonton Di GSC Pada Julai 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Omniscient Reader: The Prophecy Bakal Menemui Penonton Di GSC Pada Julai 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Diadaptasi daripada novel web terkenal Omniscient Reader’s Viewpoint karya Sing N Song, adaptasi filem fantasi aksi-pengembaraan ‘Omniscient Reader: The Prophecy‘ akan mula ditayangkan di GSC Malaysia pada bulan Julai ini. Malangnya, tarikh keluaran tepat tidak diberitahu.

Filem ini mengisahkan Kim Dok-ja, seorang pekerja pejabat biasa yang merupakan satu-satunya pembaca setia sebuah web novel yang kurang dikenali berjudul Three Ways to Survive in a Ruined World.

Segalanya berubah apabila dunia fiksyen dalam novel itu tiba-tiba menjadi nyata, dan Kim Dok-ja terperangkap dalam dunia kacau-bilau yang penuh dengan bahaya.

Dengan pengetahuannya tentang jalan cerita dan pengakhiran novel itu, dia bergabung dengan watak utama cerita, Yoo Joong-hyeok, seorang pahlawan yang boleh hidup semula selepas mati.

Bersama rakan-rakan seperjuangan lain seperti Yoo Sang-ah, Lee Hyeon-seong, dan Jung Hui-won, mereka mengharungi pelbagai cabaran maut demi menyelamatkan dunia dan menulis semula takdir mereka.

Diarahkan oleh Kim Byung-woo, filem ini menampilkan Ahn Hyo-seop sebagai Kim Dok-ja dan Lee Min-ho sebagai Yoo Joong-hyeok. Turut membintangi ialah Chae Soo-bin, Nana, Shin Seung-ho, Park Ho-san, Choi Young-joon, dan Kim Ji-soo yang menghidupkan pelbagai watak dalam kisah luas ini.

Ini merupakan filem pertama daripada lima adaptasi yang dirancang berdasarkan web novel tersebut, yang juga telah diadaptasi menjadi webtoon popular dan bakal hadir dalam bentuk anime tidak lama lagi.

Buat masa ini , pemain hanya boleh menantikan info lanjut mengenai jualan tiket dan waktu tayangan Omniscient Reader: The Prophecy.

Tags: Omniscient Reader: The Prophecy
ShareTweetSend
Previous Post

BLEACH Rebirth of Souls Umumkan DLC Ichigo Kurosaki (TYBW), Tambah Mod Ranked

Next Post

Netizen Kreatif Hasilkan Semula Mercu Tanda Malaysia Dalam Bentuk Minecraft

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
Next Post
Netizen Kreatif Hasilkan Semula Mercu Tanda Malaysia Dalam Bentuk Minecraft

Netizen Kreatif Hasilkan Semula Mercu Tanda Malaysia Dalam Bentuk Minecraft

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd