Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah mengumumkan secara rasmi bahawa Sonic Racing: CrossWorlds, game lumba terbaharu yang menampilkan Sonic dan rakan-rakannya dalam pengembaraan merentas dimensi, akan tersedia secara digital dan fizikal bermula 25 September 2025 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC (melalui Steam dan Epic Games Store), serta Nintendo Switch dan konsol generasi baharu, Switch 2.

Pra-tempahan kini dibuka untuk semua platform.

Judul kali ini memperkenalkan barisan watak paling besar dalam sejarah siri perlumbaan Sonic, dengan 23 watak boleh dimainkan sejak hari pertama, dan lebih banyak akan ditambah secara berperingkat melalui kemas kini selepas pelancaran.

Selain watak-watak ikonik dari dunia Sonic, pemain juga boleh menjangkakan kemunculan bintang daripada francais SEGA lain seperti Joker dari Persona 5, Kasuga Ichiban dari Yakuza: Like a Dragon, serta kemunculan mengejut daripada watak-watak popular seperti Hatsune Miku dan karakter dari dunia Minecraft.

CrossWorlds turut membawa nafas baharu dalam aspek gameplay melalui pengenalan sistem Travel Ring, iaitu mekanik yang membolehkan pelumba berpindah antara dimensi secara langsung semasa perlumbaan.

Ini menjadikan setiap perlumbaan lebih mencabar, dengan laluan yang sentiasa berubah dan pelbagai halangan unik dalam setiap pusingan.

Game ini juga menawarkan sistem customization yang mendalam, membolehkan pemain mengubah suai kenderaan, kuasa serta abiliti mengikut gaya permainan masing-masing. Lebih 70 jenis alat atau ‘gadget’ boleh dikumpulkan dan digunakan sebelum perlumbaan bermula, memberi kelebihan strategik yang boleh dimanfaatkan di litar.

Peminat lama pasti akan teruja dengan kembalinya Extreme Gear — papan terbang ikonik dari Sonic Riders — yang kini diperkenalkan semula dengan aksi hoverboard penuh gaya untuk perlumbaan yang lebih sengit dan mendebarkan.

Sama ada bermain secara solo atau berpasukan, secara offline mahupun online, pemain boleh berlumba merentasi pelbagai mod yang melibatkan 24 litar utama dan 15 dunia CrossWorlds — dimensi istimewa yang hanya boleh diakses melalui Travel Rings.

Darat, udara mahupun permukaan air, Sonic Racing: CrossWorlds menjanjikan aksi penuh intensiti di setiap penjuru.

Untuk maklumat lanjut dan pra-tempahan, sila layari laman web rasmi Sonic Racing: CrossWorlds.

Tags: Sonic Racing: CrossWorlds
ShareTweetSend
Previous Post

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

Next Post

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Next Post
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

Game Sekuel 'Code Vein II' Diumumkan, Akan Keluar 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd