Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Konsol, PC
0 0
0
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Wizards of the Coast baru-baru ini mengumumkan satu projek menarik hasil kerjasama bersama Giant Skull, sebuah studio yang diasaskan oleh pengarah tersohor Stig Asmussen—nama yang tidak asing dalam industri menerusi karyanya dalam siri Star Wars Jedi dan God of War III. Projek ini bakal melahirkan sebuah game action-adventure single-player serba baharu, berlatarbelakangkan dunia ikonik Dungeons & Dragons, untuk platform konsol dan PC.

Giant Skull (Founded by Stig Asmussen) is developing a new single-player action-adventure game in the Dungeons & Dragons universe for PC/Console https://t.co/iefQIUkgq8 pic.twitter.com/QSrKahnUrz

— Wario64 (@Wario64) June 2, 2025

Walaupun judul rasmi game ini masih belum didedahkan, ia dijanjikan sebagai pengalaman yang menggabungkan elemen penceritaan yang padat, pertarungan penuh aksi, dan pergerakan yang lincah dalam sebuah dunia Dungeons & Dragons yang serba baharu.

Buat masa ini, butiran lanjut masih dirahsiakan, namun Wizards of the Coast memberi jaminan bahawa lebih banyak maklumat akan diumumkan kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Giant Skull, Stig Asmussen, turut berkongsi tentang hala tuju kreatif studio mereka. “Pasukan kami di Giant Skull dibentuk berdasarkan semangat ingin tahu dan kreativiti yang tinggi,” jelasnya.

“Kami berhasrat mencipta dunia Dungeons & Dragons yang baharu—dipenuhi kisah yang mendalam, pertempuran yang epik, dan pergerakan yang menyeronokkan—yang mampu memberi pengalaman bermakna kepada pemain.”

Projek game action-adventure Dungeons & Dragons ini merupakan salah satu daripada beberapa tajuk yang kini sedang dibangunkan di bawah studio-studio Wizards of the Coast yang beroperasi di Amerika Utara.

Antara tajuk lain yang sedang dalam proses termasuk EXODUS oleh Archetype Entertainment, game Snake Eyes dari Atomic Arcade, sebuah lagi aksi pengembaraan Dungeons & Dragons berasaskan magic oleh Invoke, serta sebuah projek seram mendebarkan dari Skeleton Key yang menjanjikan pengalaman bermain yang sukar dilupakan.

Tags: Dungeons & Dragons
ShareTweetSend
Previous Post

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

Next Post

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd