Glohow, bersama Mingzhou Network Technology, telah memperkenalkan Versi 1.1 Forsaken Eternity, update besar pertama untuk RPG aksi sci-fi, Black Beacon.
Dalam dunia permainan ini, pemain menggalas peranan sebagai “Seer” — wira yang merentas masa untuk mengelakkan bencana dengan menghadapi “Beacon” misteri yang mencetuskan gangguan dalam Library of Babel yang penuh rahsia.
Update ini mula dilancarkan pada 30 Mei 2025 dan hadir dengan kandungan cerita baharu, watak epik, serta ganjaran eksklusif untuk pemain.
Black Beacon Update 1.1 memperkenalkan bahagian pertama Chapter 7, di mana para Seer akan meneroka lebih dalam garis masa sejarah.
Pemain bakal membongkar kebenaran yang telah lama tersembunyi melalui pertarungan aksi dan naratif yang mendebarkan, dengan misi menjadi semakin mencabar dalam usaha mereka memulihkan keseimbangan dunia.
Kemunculan watak baharu, Ji Xia: seorang 5-star Water element Breaker dan maharaja pertama Qian — turut menjadi tumpuan. Sebagai watak yang mewakili permulaan dan puncak keabadian, Ji Xia memiliki kuasa luar biasa serta membawa warisan sejarah yang mendalam.
Kehadirannya dijangka akan menggoncang landskap meta Black Beacon. Para peminat boleh melihat kehebatannya dalam video rasmi yang tersedia di bawah:
Bagi meraikan kepulangan pemain lama serta menyambut kehadiran Seer baharu, Update 1.1 turut melancarkan acara istimewa Homecoming Voyage. Melalui acara ini, pemain berpeluang mendapatkan pelbagai ganjaran menarik seperti Rune Shard, Orelium, dan bahan lain hanya dengan log masuk serta menyelesaikan misi-misi tertentu.
Sama ada anda pemain lama mahupun pendatang baru, ini adalah masa terbaik untuk meneroka dunia Black Beacon yang kini lebih luas.
Muat turun game ini hari ini di App Store, Google Play atau Google Play Games, dan sertai pertarungan sebagai seorang Seer. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.








Discussion about this post