Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch 2 Akan Tiba di Singapura, Thailand & Filipina Pada 26 Jun 2025, Malaysia Belum Disahkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2
0 0
0
Nintendo Switch 2 Akan Tiba di Singapura, Thailand & Filipina Pada 26 Jun 2025, Malaysia Belum Disahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo baru-baru ini mengesahkan bahawa Nintendo Switch 2 yang dinanti-nantikan akan dilancarkan di Singapura, Thailand, dan Filipina pada 26 Jun 2025. Perkara ini dimaklumkan menerusi kemas kini terbaharu di laman Facebook rasmi Nintendo Asia Tenggara.

Ini sekali gus mempercepatkan tarikh pelancaran yang sebelum ini dijangka antara Julai hingga September 2025 bagi rantau-rantau berkenaan.

Namun begitu, Malaysia masih belum termasuk dalam pelancaran awal ini. Menurut maklumat di laman rasmi Nintendo Malaysia, negara kita kekal dalam jangka masa pelancaran asal iaitu antara Julai hingga September 2025. Tiada pengesahan baharu diberikan buat masa ini.

Pelancaran awal di tiga negara ini menunjukkan Nintendo memberi tumpuan khusus terhadap pasaran berkenaan – berkemungkinan atas faktor logistik atau kesediaan pasaran tempatan. Buat masa ini, harga rasmi untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Kredit: Nintendo

Nintendo Switch 2 ialah konsol hibrid generasi baharu dengan pelbagai penambahbaikan. Ia dilengkapi skrin sentuh LCD bersaiz 7.9 inci (resolusi 1080p, HDR, kadar segar semula 120Hz) dan menyokong output 4K/60fps apabila disambung ke TV.

Dikuasakan cipset NVIDIA khas, ia menawarkan prestasi hampir 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding Switch asal. Konsol ini hadir dengan storan dalaman 256GB berasaskan UFS dan menyokong storan sehingga 2TB melalui Kad microSD Express. Hayat bateri dianggarkan antara 6 hingga 10 jam.

Kredit: Nintendo

Joy-Con 2, controller baharu untuk Switch 2, kini menggunakan sistem sambungan magnetik dengan analog stick bersaiz lebih besar, getaran HD yang dipertingkat, serta fungsi “Find My Joy-Con” untuk membantu mencari controller yang hilang. Ia turut boleh digunakan sebagai tetikus bagi kawalan yang lebih tepat.

Antara ciri menarik lain termasuk GameChat (sembang suara/video sehingga 12 orang), GameShare (empat pemain berkongsi satu salinan game), dan Virtual Game Card untuk pemindahan kandungan digital.

Konsol ini juga dilengkapi stand yang lebih stabil, speaker yang diperbaik, mikrofon dengan teknologi penebat bunyi, audio 3D, dan dua port USB-C.

Kredit: Nintendo

Nintendo Switch 2 menyokong sebahagian besar tajuk daripada Switch asal, walaupun terdapat beberapa had keserasian. Ia juga membolehkan penggunaan Joy-Con dan aksesori asal secara tanpa wayar. Fungsi System Transfer disediakan untuk pemindahan data daripada konsol lama.

Nintendo turut sedang merancang pelancaran Nintendo Switch Online dan Nintendo eShop di Singapura, Thailand, Filipina, dan Malaysia – membolehkan pemain mencipta akaun tempatan serta membeli game dengan lebih mudah. Maklumat lanjut mengenai pelancaran ini akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Kredit: Nintendo

Untuk berita terkini, layari laman web rasmi Nintendo.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nintendo Switch 2
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Legends: Z-A Bakal Datang 16 Oktober 2025, Juga Hadir Di Nintendo Switch 2

Next Post

SEGA Summer Early-Bird Sale Tawar Diskaun Hingga 90% Di PS Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
SEGA Summer Early-Bird Sale Tawar Diskaun Hingga 90% Di PS Store!

SEGA Summer Early-Bird Sale Tawar Diskaun Hingga 90% Di PS Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd