Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Promo Days of Play 2025 Kini Bermula: Diskaun Hebat untuk PS5, Game & Aksesori

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2025
in Aksesori, Artikel, Berita, Promosi, PS5, Teknologi
0 0
0
Promo Days of Play 2025 Kini Bermula: Diskaun Hebat untuk PS5, Game & Aksesori
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment secara rasmi memulakan kempen Days of Play 2025 mulai hari ini, 28 Mei hingga 11 Jun.

Acara tahunan ini hadir dengan pelbagai tawaran istimewa untuk konsol PlayStation 5, game, aksesori, serta langganan PlayStation Plus, yang boleh didapati di kedai terpilih dan juga di PlayStation Store Malaysia.

Tawaran Menarik untuk Konsol dan Aksesori PS5

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Sempena Days of Play tahun ini, pemain berpeluang menikmati diskaun besar untuk pelbagai produk PlayStation. PlayStation 5 Digital Edition kini ditawarkan pada harga RM1,830, manakala PlayStation 5 versi standard pula berharga RM2,260.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman gaming premium, PlayStation 5 Pro yang terkenal dengan visual menakjubkan kini ditawarkan dengan potongan harga RM239.

Bukan itu sahaja, aksesori PlayStation turut ditawarkan dengan diskaun menarik. PlayStation VR2 dan bundle Horizon Call of the Mountain menerima potongan harga RM239, membuka peluang kepada lebih ramai pemain untuk merasai pengalaman realiti maya yang mengagumkan.

Bagi peminat audio, Pulse Explore iaitu wireless earbud pertama PlayStation, turut mendapat diskaun sebanyak RM130. Controller DualSense Edge yang boleh disesuaikan sepenuhnya juga didiskaun sebanyak RM130.

Selain itu, DualSense standard menerima potongan harga RM54, manakala controller Access pula mendapat potongan RM90.

Diskaun untuk Game PS5 Terhangat

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Days of Play 2025 turut menawarkan harga menarik untuk game-game popular di PS5. Antara judul yang ditawarkan termasuk Astro Bot, Helldivers 2, The Last of Us Part II Remastered, God of War Ragnarök, dan LEGO Horizon Adventures.

Promosi ini boleh didapati di kedai terpilih dan juga di PlayStation Store, dengan ratusan game digital dan add-on turut dijual pada harga diskaun.

Jimat pada Langganan PlayStation Plus

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Bagi pemain yang ingin menikmati lebih banyak kandungan eksklusif, Days of Play turut menawarkan diskaun untuk langganan PlayStation Plus. Ahli baru boleh menikmati penjimatan sehingga 33% untuk langganan 12 bulan terpilih.

Sementara itu, ahli PlayStation Plus Essential atau Extra yang ingin menaik taraf ke PlayStation Plus Deluxe juga boleh menikmati potongan 33% untuk baki tempoh keahlian mereka, sekali gus membuka akses kepada pelbagai keistimewaan tambahan dan kandungan eksklusif.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran terkini Days of Play 2025, sila lawati laman web rasmi PlayStation.

Tags: Days of Play 2025Diskaunpromosi
ShareTweetSend
Previous Post

HoYo FEST 2025 Malaysia Umum Butiran Aktiviti, Jualan Tiket Bermula Jun 2025

Next Post

SQUARE ENIX ‘Days of Play’ Tawar Diskaun Hebat Untuk Francais FINAL FANTASY

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
SQUARE ENIX ‘Days of Play’ Tawar Diskaun Hebat Untuk Francais FINAL FANTASY

SQUARE ENIX 'Days of Play' Tawar Diskaun Hebat Untuk Francais FINAL FANTASY

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd