Kita kembali lagi dengan previu kad terbaru Magic: The Gathering (MTG), dan kali ini, kita bawakan satu kad menarik hasil kolaborasi dengan Final Fantasy yang dinanti-nantikan! Previu ini memperkenalkan Giant of Babil, versi bertema Final Fantasy bagi kad klasik Traxos, Scourge of Kroog.
Kad ini mengekalkan kos mana asal Traxos, iaitu 4 generic mana, tetapi tampil dengan ilustrasi baharu yang memukau khas untuk kolaborasi ini. Apa yang membuatkan pendedahan ini lebih istimewa adalah karya seni kad ini dihasilkan oleh Yoshitaka Amano, legenda seni yang terkenal dengan sumbangannya dalam siri Final Fantasy.

Butiran Kad:
Traxos, Scourge of Kroog (Versi Final Fantasy)
- Nama Kad: Giant of Babil
- Kos: 4 Generic
- Jenis Kad: Legendary Artifact Creature — Construct
- Teks Kad:
- Trample
- Traxos memasuki battlefield dalam keadaan tapped dan tidak untap semasa fasa untap anda.
- Setiap kali anda melancar historic spell, untap Traxos. (Artifact, Legendary, dan Saga dikira sebagai historic.)
- Stats: 7/7

Versi khas ini sangat unik kerana ia menampilkan salah satu varian dengan ilustrasi hasil tangan Yoshitaka Amano – artis legenda di sebalik rekaan watak ikonik dalam siri Final Fantasy. Gaya seni Amano yang penuh dengan ekspresi dan teknik halus menjadikan kad Traxos ini sesuatu yang wajib dimiliki oleh pengumpul tegar.
Giant of Babil sendiri adalah rujukan kepada watak ikonik dari Final Fantasy IV, di mana ia muncul sebagai mesin pemusnah gergasi, malah menjadi satu dungeon dalam game tersebut.
Direka oleh Zemus dan golongan Lunarian radikal untuk memusnahkan umat manusia, Giant of Babil akhirnya dikunci di Lunar Subterrane oleh Lunarian lain yang menentang niat pemusnahan tersebut.
Kad ini pastinya menjadi buruan para pengumpul dan juga pemain yang menggunakan dek berasaskan artifact, terutamanya mereka yang sudah memiliki Traxos dan mahu menambah elemen estetik unik ke dalam dek mereka.
Kolaborasi antara FINAL FANTASY dan Magic: The Gathering ini menggabungkan elemen-elemen penting daripada 16 game utama Final Fantasy: menampilkan watak ikonik, item ikonik, serta momen-momen penting dari siri RPG yang dicintai ramai ini.
Pemain boleh menantikan peluang untuk melancar spell ikonik, memanggil creature klasik, dan menjelajah lokasi-lokasi ikonik dunia Final Fantasy – semuanya dihidupkan dengan mekanik Magic: The Gathering.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.









Discussion about this post