SEGA baru saja memperkenalkan trailer baharu untuk SHINOBI: Art of Vengeance, menampilkan peringkat Neo City dalam game aksi platformer 2D yang sangat dinanti-nantikan ini.
Dalam trailer SHINOBI: Art of Vengeance tersebut, kita dapat melihat ninja legenda Joe Musashi, menyerbu Neo City sambil melompat dari satu pencakar langit ke pencakar langit lain demi menyelamatkan tebusan daripada genggaman kejam ENE Corp.
Bagi yang terlepas trailer sebelum ini, SEGA turut berkongsi video pengenalan peringkat Oboro Village. Di samping itu, turut dikongsikan ialah video di sebalik tabir yang memperlihatkan pendekatan kreatif Lizardcube dalam menghidupkan semula dunia Shinobi melalui sentuhan seni lukisan tangan yang menjadi identiti mereka.
Dalam SHINOBI: Art of Vengeance, pemain akan mengawal Joe Musashi dalam misi balas dendam selepas kampung halamannya musnah dibakar dan klannya disumpah menjadi batu.
Dengan ancaman jahat yang mengganas, pemain perlu mengharungi pelbagai cabaran, menewaskan musuh menggunakan pelbagai kombo serangan, dan menguasai sistem pertarungan yang dinamik untuk benar-benar menjadi seorang ninja sejati.
Game ini bakal dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC (Steam). Ia kini boleh ditempah awal dengan potongan harga 10% sehingga jam 11:59 pagi pada 29 Ogos 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post