NetEase Games kini secara rasmi membuka pra-pendaftaran global untuk game mobile percuma Destiny: Rising di platform iOS, secara eksklusif melalui Apple App Store. Bermula hari ini, pemain dari seluruh dunia boleh mendaftar untuk membuka ganjaran istimewa apabila sasaran pra-pendaftaran dicapai.
Bagi pengguna iOS, pendaftaran Destiny: Rising boleh dibuat terus melalui App Store, manakala pengguna Google Play boleh mendaftar melalui laman web rasmi permainan. Maklumat lanjut untuk pra-pendaftaran di Google Play Store akan diumumkan kemudian.

Destiny: Rising mengambil latar masa alternatif dalam dunia Destiny dan dibangunkan oleh NetEase Games dengan lesen rasmi daripada Bungie. Game ini berlaku selepas Dark Age, iaitu selepas kejadian ‘Collapse’ yang besar, dan sebelum peristiwa dalam Destiny 1 dan Destiny 2.
Pemain akan mengambil peranan sebagai Lightbearers (pendahulu kepada para Guardian) yang meneroka usaha pemulihan manusia di penempatan seperti Haven.
Game ini menjanjikan jalan cerita yang luas serta gameplay pelbagai, menggabungkan perspektif first-person (FPP) dan third-person (TPP), dengan sokongan kawalan sentuhan dan juga controller.
Pemain boleh memilih daripada pelbagai watak hero, termasuk watak ikonik seperti Ikora Rey serta watak boleh suai utama bernama Wolf.
Terdapat pelbagai mod ditawarkan seperti misi kempen, Strike secara koperatif enam pemain, mod PvE, PvP, serta aktiviti baharu seperti “Haven Ops” dan “Gauntlet Ops,” yang direka untuk memenuhi citarasa pemain solo mahupun multiplayer.

Pada 29 Mei 2025, ujian beta tertutup yang penuh dengan ciri baharu akan dilancarkan secara eksklusif untuk pengguna Google Play di Amerika Syarikat dan Kanada. Beta ini bakal memperkenalkan kemas kini penting dari segi jalan cerita dan pengalaman gameplay, memberikan gambaran awal kepada pemain mengenai kandungan yang bakal tiba.
Antara sorotan utama beta ini termasuk:

- Jalan Cerita Tambahan: Pemain akan menjelajah kawasan Red Sea Rift yang penuh bahaya, membongkar rahsia sumpahan di Veridia, dan menggagalkan rancangan jahat Cabal.
- Watak Baharu: Dua hero baharu yang boleh dimainkan—Xuan Wei, pengguna kuasa Arc, dan Umeko, pakar stealth dengan kebolehan Void—akan menyertai senarai watak.
- Misi dan Cabaran Baharu: Termasuk misi kempen baru yang berkait dengan Red Sea Rift, peta Strike tambahan, dan tahap kesukaran Master yang direka untuk menguji keupayaan Lightbearer yang paling hebat.
- Aktiviti Santai: Untuk pemain yang ingin berehat daripada pertempuran, beta ini memperkenalkan aktiviti memancing di Haven, bersama pelbagai rahsia tersembunyi dan teka-teki persekitaran bagi pengalaman bermain yang lebih santai.

Untuk maklumat lanjut serta cara menyertai ujian beta tertutup Destiny: Rising, layari laman rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post