Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SHUTEN ORDER – Sebuah Game Pelbagai Genre oleh Kazutaka Kodaka, Dilancarkan 5 September

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Puzzle, Seram, Simulator, Steam, Visual Novel
0 0
0
SHUTEN ORDER – Sebuah Game Pelbagai Genre oleh Kazutaka Kodaka, Dilancarkan 5 September
Share on FacebookShare on Twitter

Spike Chunsoft dan DMM Games, bersama pembangun Too Kyo Games dan Neilo, telah mengumumkan bahawa SHUTEN ORDER, sebuah game pengembaraan pelbagai genre yang dihasilkan oleh pencipta siri Danganronpa, Kazutaka Kodaka, akan dilancarkan pada 5 September 2025 untuk Nintendo Switch menerusi Nintendo eShop, dan juga untuk PC melalui Steam.

SHUTEN ORDER merupakan hasil kerjasama antara DMM Games dan Too Kyo Games, yang diketuai oleh Kodaka sendiri. Game ini menampilkan pendekatan baharu dengan menggabungkan lima gaya gameplay berbeza dalam satu naratif yang penuh misteri dan mendebarkan, berteraskan satu kes pembunuhan yang misterius.

Pemain akan mendalami elemen seram berasaskan aksi sembunyi, novel visual pelbagai sudut pandang, dan banyak lagi, dalam dunia yang sedang menuju kehancuran.

Kredit: Spike Chunsoft

Dalam dunia distopia yang berada di ambang kemusnahan, SHUTEN ORDER berkisarkan sebuah organisasi agama bernama Shuten Order yang telah membentuk sebuah negara kecil bernama Shuten. Ketika sambutan festival besar-besaran sempena penubuhan negara ini, ketua organisasi telah dibunuh.

Watak utama, yang terjaga tanpa sebarang ingatan dan dikenali dengan nama samaran “Rei”, didedahkan sebagai ‘Founder’ organisasi yang dihidupkan semula dengan kuasa misteri. Namun, Rei hanya mempunyai empat hari untuk hidup.

Sebagai Rei, pemain perlu menyiasat dan menyingkirkan pembunuh dalam kalangan lima orang menteri Shuten Order sebelum waktu tamat.

Kredit: Spike Chunsoft

Kisah game ini akan bercabang kepada lima laluan berbeza, setiap satu berkait rapat dengan seorang suspek serta memperkenalkan gaya gameplay tersendiri:

  • Ministry of Security (Manji Fushicho): Gabungan action horror dan elemen stealth dari sudut top-down. Pemain perlu melarikan diri daripada pembunuh legenda, Nephilim, sambil menyelesaikan teka-teki 3D untuk menyiasat watak Manji Fushicho sebagai suspek utama.
  • Ministry of Justice (Kishiru Inugami): Mystery adventure. Pemain menyiasat kes pembunuhan yang melibatkan keluarga kaya Kukuri dengan menggunakan fungsi “Snapping” untuk menganalisis kenyataan dan objek mencurigakan. Bukti yang dikumpul akan digunakan dalam sesi analisis kes untuk membongkar kaitan pembunuh dengan Kishiru Inugami.
  • Ministry of Science (Teko Ion): Novel visual dengan pelbagai perspektif. Berlatar belakangkan serangan pengganas di sebuah makmal penyelidikan, pemain akan bertukar-tukar antara beberapa watak untuk mencari jalan selamat. Setiap tindakan yang diambil oleh satu watak boleh memberi kesan besar kepada nasib watak lain, sambil memburu kebenaran di sebalik peranan Teko Ion.
  • Ministry of Education (Honoka Kokushikan): Pengembaraan romantik yang berlaku selepas insiden keracunan. Pemain perlu menjejaki tiga pelajar perempuan misteri di Shuten Academy, termasuk Honoka Kokushikan. Bina hubungan melalui perbualan, gunakan petunjuk untuk mencari mereka, dan buat pilihan yang tepat semasa fasa luahan untuk menambat hati mereka.
  • Ministry of Health (Yugen Ushitora): Pengembaraan ekstrem bertemakan “escape room”. Pemain perlu bertahan dalam satu permainan maut yang dikendalikan oleh kuasa misteri sambil menyoal siasat Yugen Ushitora. Selesaikan teka-teki mencabar dan lalui ujian berbahaya — satu kesilapan boleh membawa padah yang mengorbankan nyawa.
Kredit: Spike Chunsoft

Pilihan yang dibuat oleh pemain adalah kritikal, kerana had masa empat hari menghalang penyiasatan ke atas semua suspek, dan usaha mencari kebenaran memerlukan pengorbanan.

Pra-tempahan kini telah dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk menyelami pengembaraan unik dari minda Kazutaka Kodaka. Untuk maklumat lanjut, lawati laman rasmi.

Tags: SHUTEN ORDER
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade x NIKKE – 6 Kostum Baharu, Scarlet Boss Fight & Mini Game Bertema!

Next Post

Hidupkan Enjin – JDM: Japanese Drift Master Kini Dilancarkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
Hidupkan Enjin – JDM: Japanese Drift Master Kini Dilancarkan!

Hidupkan Enjin – JDM: Japanese Drift Master Kini Dilancarkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd