Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Baharu Hideo Kojima, Physint, Hanya Akan Tiba Sekitar 2030-an

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2025
in Action, Artikel, Berita, Filem, Game, Stealth
0 0
0
Game Baharu Hideo Kojima, Physint, Hanya Akan Tiba Sekitar 2030-an
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara peminat menunggu pelancaran Death Stranding 2 pada 26 Jun 2025 untuk PlayStation 5, Hideo Kojima telah mengesahkan bahawa tiada perancangan untuk menghasilkan entri ketiga bagi Death Stranding.

Sebaliknya, beliau akan memberi tumpuan kepada projek terbaharunya, Physint, sebuah judul baharu yang dijangka hanya akan dilancarkan sekitar dekad 2030-an.

Dalam satu temu bual bersama majalah Perancis ‘Le Film français’, Kojima berkongsi bahawa Physint, yang pertama kali diumumkan pada awal 2024, lahir sebagai respons terhadap permintaan peminat yang merindui genre action-stealth yang sinonim dengan era Metal Gear Solid.

Idea untuk projek ini tercetus daripada pengalaman peribadi beliau ketika mengalami masalah kesihatan serius sewaktu pandemik COVID-19, yang membuka ruang untuknya berfikir tentang legasi dan kehendak para peminat.

“Saya jatuh sakit teruk dan mula sedar bahawa masa saya tidak panjang,” ujar Kojima. “Ramai peminat inginkan sebuah game action-stealth yang baharu, jadi saya mula membayangkan Physint.”

Game ini digambarkan sebagai pewaris spiritual kepada Metal Gear Solid, dengan pengalaman permainan video dan sinematik, dan dijanjikan sebagai salah satu projek paling bercita-cita tinggi yang pernah diusahakannya.

Hideo Kojima aujourd’hui.
本日の小島監督。 pic.twitter.com/v7PogupysO

— Ayako (Touchy!) (@Kaizerkunkun) May 18, 2025

Menurut terjemahan temu bual itu, Kojima turut berkongsi minatnya terhadap dunia perfileman.

“Sejak meninggalkan Konami, saya menerima banyak tawaran,” katanya. “Selain Death Stranding 2, kami kini sedang membangunkan Physint. Ia mungkin mengambil masa sekitar lima ke enam tahun untuk disiapkan. Tapi selepas itu, saya mungkin akan akhirnya membuat keputusan untuk mengarahkan filem. Saya membesar dalam dunia filem. Jadi mengarahkan filem, bagi saya, adalah satu bentuk penghormatan kepada bidang itu.”

Berdasarkan kenyataan itu, pelancaran Physint dijangka berlaku sekitar pertengahan dekad 2030-an, berkemungkinan pada waktu pertengahan kitaran hayat PlayStation 6.

Walaupun maklumat tentang Physint masih lagi terhad, Kojima sudah memberikan petunjuk tentang pendekatan inovatif projek ini. Beliau membayangkan ia akan menggabungkan unsur gameplay dan sinematik dalam cara yang mengatasi batasan biasa.

Melihat kepada sejarah kerjasamanya dengan pelakon dan pengarah ternama, ramai menjangkakan Physint bakal menampilkan barisan pelakon Hollywood, mungkin dengan elemen aksi langsung seperti yang dilihat dalam Quantum Break oleh Remedy Entertainment.

Kojima menyasarkan untuk menghasilkan sesuatu yang “belum pernah dilihat sebelum ini” — selaras dengan reputasinya yang sering mencabar norma industri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: hideo kojimaPhysint
ShareTweetSend
Previous Post

Overwatch 2 x Street Fighter 6 – Kolaborasi Epik dengan Lapan Skin Ikonik

Next Post

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip - Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd