Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2025
in Android, Animasi, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu langkah berani dalam dunia penceritaan transmedia, thatgamecompany — studio terkenal di sebalik Sky: Children of the Light — telah memperkenalkan The Two Embers: Part One, sebuah filem animasi tanpa dialog yang menceritakan asal-usul dunia Sky.

Projek berskala besar ini akan disiarkan secara eksklusif dalam game bermula 21 Julai, menggabungkan elemen penceritaan sinematik dengan pengalaman gameplay interaktif yang luar biasa unik.

The Two Embers hadir dalam dua bahagian, mengikuti perjalanan selari dua orang kanak-kanak yang, meskipun hidup dalam masa berbeza, mempunyai takdir yang saling berkaitan. Pilihan yang mereka buat akan menentukan nasib sebuah kerajaan bintang yang sedang menuju kejatuhan di langit tinggi.

Bahagian pertama menceritakan tentang seorang anak yatim dan seekor manatee yang cedera ketika mereka cuba bertahan dalam dunia yang semakin musnah di bawah ancaman kegelapan.

Kredit: thatgamecompany, inc.

Dihasilkan dengan sentuhan visual yang menjadi identiti thatgamecompany, The Two Embers merupakan usaha penceritaan paling berani mereka setakat ini.

Filem ini akan disiarkan dalam empat bab mingguan di Sky: Children of the Light, lengkap dengan kandungan dalam game yang direka khas untuk mengembangkan naratif melalui eksplorasi dan gameplay.

Kredit: thatgamecompany, inc.

Mengorak langkah ke hadapan dalam pengalaman digital, The Two Embers: Part One akan ditayangkan di Sky Cinema — pawagam dalam game di mana ribuan pemain boleh berkumpul dan menonton secara serentak.

Tayangan ini dimungkinkan oleh teknologi penstriman video yang pertama kali digunakan dalam konsert AURORA, di mana lebih 10,000 pemain disatukan dalam satu server.

Inovasi ini telah membawa Sky: Children of the Light meraih dua pengiktirafan Guinness World Records, dan kini teknologi tersebut digunakan untuk mencipta pengalaman sinematik secara langsung dalam dunia maya.

Kredit: thatgamecompany, inc.

Bagi yang berminat Sky: Children of the Light kini boleh dimainkan di PC melalui Steam, Nintendo Switch, PlayStation 4/5, App Store, dan Google Play Store.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi mereka.

Tags: The Two Embers
ShareTweetSend
Previous Post

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

Next Post

Overwatch 2 x Street Fighter 6 – Kolaborasi Epik dengan Lapan Skin Ikonik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Overwatch 2 x Street Fighter 6 – Kolaborasi Epik dengan Lapan Skin Ikonik

Overwatch 2 x Street Fighter 6 - Kolaborasi Epik dengan Lapan Skin Ikonik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd