Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Death Stranding World Strand Tour 2 – Konsert Istimewa Sempena Death Stranding 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2025
in Acara, Action, Adventure, Artikel, Berita, Konsert, Open World, PS5
0 0
0
Death Stranding World Strand Tour 2 – Konsert Istimewa Sempena Death Stranding 2
Share on FacebookShare on Twitter

Kojima Productions telah mengumumkan Death Stranding World Strand Tour 2, sebuah konsert orkestra dan acara berskala global yang dianjurkan bagi meraikan pelancaran game yang sangat dinantikan, Death Stranding 2: On the Beach, eksklusif di PlayStation 5 mulai 26 Jun 2025.

Jelajah ini akan merangkumi 12 bandar utama di seluruh dunia, menyatukan para peminat dalam sebuah pengalaman muzik dan visual yang memukau, mempamerkan keunikan siri Death Stranding menerusi persembahan secara langsung.

📢 “DEATH STRANDING WORLD STRAND TOUR 2” Announcement:

To celebrate the launch of DEATH STRANDING 2: ON THE BEACH, a special world tour event will be held across 12 cities around the globe 👍

Details for each stop on the tour will be announced at a later date.#DeathStranding2… pic.twitter.com/IWU7nK3cF4

— KOJIMA PRODUCTIONS (Eng) (@KojiPro2015_EN) May 15, 2025

Jelajah ini bakal bermula di Los Angeles pada 8 Jun, sebelum meneruskan perjalanan ke bandar-bandar berikut:

  • 8 Jun – Los Angeles
  • 14 Jun – Sydney
  • 26 Jun – Tokyo
  • 28 Jun – Paris
  • 30 Jun – London
  • 4 Julai – Seoul
  • 6 Julai – Taipei
  • 9 Julai – Hong Kong
  • 12 Julai – Shanghai
  • Ogos – Riyadh
  • Oktober – São Paulo
  • November – Lucca

Setiap lokasi akan menampilkan persembahan orkestra yang membawa semula runut bunyi ikonik dari siri ini, diiringi dengan paparan visual daripada game. Selain itu, acara ini turut menjanjikan kehadiran tetamu khas serta aktiviti eksklusif yang berbeza mengikut lokasi.

Maklumat lanjut berkaitan tempat acara dan penjualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.

Walaupun begitu, Death Stranding World Strand Tour 2 tidak dijadualkan hadir di Malaysia atau negara jiran terdekat buat masa ini. Kojima Productions menggalakkan peminat untuk terus mengikuti perkembangan terkini berkaitan jelajah ini serta acara-acara berkaitan yang akan datang.

Death Stranding 2: On the Beach menyambung kisah Sam Porter Bridges (lakonan Norman Reedus) dalam usahanya menyatukan semula manusia di luar kawasan United Cities of America, di dunia pasca-apokalips yang terjejas oleh unsur chiralium serta ancaman makhluk ghaib yang dikenali sebagai Beached Things (BTs).

Game open-world, third-person action-adventure ini memberi tumpuan pada penghantaran kargo merentasi pelbagai jenis persekitaran, sambil bertarung dengan musuh – baik manusia mahupun ghaib – melalui sistem combat baharu yang diinspirasikan oleh Metal Gear Solid V.

Ia juga menampilkan peralatan mobiliti baru, cabaran alam sekitar yang dinamik, serta Photo Mode dan Music Player yang tersedia sebaik game dilancarkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Death Stranding World Strand Tour 2
ShareTweetSend
Previous Post

DreadOut 3 Diumumkan, Bakal Menakutkan Pemain Pada 2026

Next Post

Co-op Roguelite Shooter ‘SWAPMEAT’ Akan Dilancarkan Tahun Ini, Playtest Bermula 15 Mei

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos
Nintendo Switch 2

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

July 1, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Next Post
Co-op Roguelite Shooter ‘SWAPMEAT’ Akan Dilancarkan Tahun Ini, Playtest Bermula 15 Mei

Co-op Roguelite Shooter 'SWAPMEAT' Akan Dilancarkan Tahun Ini, Playtest Bermula 15 Mei

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd