Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix Batalkan Kingdom Hearts Missing-Link, Kini Fokus Pada Kingdom Hearts IV

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Square Enix Batalkan Kingdom Hearts Missing-Link, Kini Fokus Pada Kingdom Hearts IV
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix secara rasmi telah mengumumkan pembatalan Kingdom Hearts Missing-Link, sebuah RPG aksi berasaskan GPS untuk iOS dan Android.

Dalam kenyataan rasmi, pasukan pembangunan mengesahkan bahawa mereka kini sepenuhnya memberi tumpuan kepada Kingdom Hearts IV, menjanjikan pengalaman yang lebih memuaskan untuk peminat siri ini.

An important announcement regarding KINGDOM HEARTS Missing-Link. pic.twitter.com/pXL2ULBV8k

— Official KINGDOM HEARTS Missing-Link (@KHMLink_NA) May 14, 2025

Kingdom Hearts Missing-Link, yang pertama kali diperkenalkan pada April 2022 sempena ulang tahun ke-20 Kingdom Hearts, pada asalnya dirancang sebagai game mobile berasaskan lokasi yang menggabungkan penerokaan dunia sebenar dengan combat 3D ikonik siri ini.

Game ini berlatarbelakangkan Scala ad Caelum dan “Astral Plane,” versi dunia sebenar yang diolah semula. Pemain dijangka mengawal seorang pemegang Keyblade yang boleh diubah suai, menentang Heartless, dan mengumpul “Pieces” watak Disney untuk abiliti khas.

Kredit: Square Enix

Menggunakan Unreal Engine 5, Kingdom Hearts Missing-Link memanfaatkan teknologi GPS untuk penerokaan, serupa dengan konsep Pokémon GO, tetapi turut menawarkan mod Touch-Mode yang membolehkan pemain bermain secara statik menggunakan Action Points (AP).

Cerita permainan dirancang untuk menjelajahi “era kosong” antara Kingdom Hearts Union χ dan Dark Road, memperkaya naatif kompleks siri Kingdom Hearts.

Kredit: Square Enix

Walaupun pada awalnya dijadualkan dilancarkan pada 2024, Kingdom Hearts Missing-Link menghadapi pelbagai cabaran, termasuk ujian prototaip tertutup pada Januari 2023 dan ujian beta tambahan di Jepun, UK, dan Australia pada 2023 serta 2024.

Maklum balas pemain memuji sistem combat tetapi menimbulkan kebimbangan mengenai model gacha monetization dan kos AP yang mengehadkan penerokaan.

Kredit: Square Enix

Dalam kenyataan mereka, pasukan pembangunan meluahkan rasa kecewa atas keputusan ini.

“Walaupun kami telah berusaha keras untuk membangunkan dan menyesuaikan game ini dengan harapan ia akan dinikmati oleh ramai pemain, kami mendapati sukar untuk menawarkan perkhidmatan jangka panjang yang memuaskan hati pemain,” jelas mereka.

Pasukan ini juga mengucapkan terima kasih kepada peserta ujian beta tertutup atas maklum balas dan sokongan mereka.

Kredit: Square Enix

Square Enix menegaskan bahawa walaupun Kingdom Hearts Missing-Link dibatalkan, francais Kingdom Hearts kekal menjadi keutamaan utama mereka.

Pasukan kini memberi fokus penuh kepada pembangunan Kingdom Hearts IV, dan peminat diseru untuk terus menantikan kemas kini terbaru mengenai judul utama seterusnya dalam siri yang ikonik ini.

Tags: Kingdom Hearts Missing-Link
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

Next Post

Reviu Capcom Fighting Collection 2 – Pengalaman Arked Bertambah Seronok Dengan Tambahan Moden

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Reviu Capcom Fighting Collection 2 – Pengalaman Arked Bertambah Seronok Dengan Tambahan Moden

Reviu Capcom Fighting Collection 2 - Pengalaman Arked Bertambah Seronok Dengan Tambahan Moden

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd