Sony Interactive Entertainment dan pembangun SHIFT UP telah mengesahkan bahawa Stellar Blade, game action-adventure yang mendapat pujian tinggi, akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 11 Jun.
Pada tarikh yang sama, Stellar Blade versi Complete Edition untuk PC dan PlayStation 5 juga akan dikeluarkan. Pengumuman ini sebenarnya muncul sebentar di YouTube rasmi PlayStation melalui trailer, sebelum ia ditarik semula—seperti yang dikesan oleh komuniti r/StellarBlade.
Someone made an oopsie… (PC Trailer, June 11th)
byu/Alekstra instellarblade
Stellar Blade, yang pertama kali dilancarkan sebagai eksklusif PlayStation 5 pada 26 April 2024, mendapat perhatian kerana pertempuran yang pantas dan visual yang menakjubkan.
Versi PC dijanjikan dengan pengalaman yang lebih baik, termasuk peningkatan seperti AI upscaling dan frame generation menggunakan NVIDIA DLSS 4 dan AMD FSR 3, kadar bingkai tanpa had, sokongan paparan ultrawide, serta sokongan controller DualSense dengan maklum balas haptik dan kesan adaptive trigger.
Pemain juga boleh menikmati suara dalam bahasa Jepun dan Mandarin, pertarungan boss baharu, 25 kostum tambahan, serta tekstur persekitaran beresolusi tinggi. Walaupun pengumuman ini masih dianggap bocor dan belum rasmi, ciri-ciri baru ini dijangka turut hadir dalam versi PlayStation 5.

Complete Edition akan tersedia untuk kedua-dua platform, menggabungkan base game dengan pelbagai kandungan tambahan. Ini termasuk bonus pra-pesanan seperti Classic Round Glasses, Ear Armor Earrings, dan Planet Diving Suit (White Edition) untuk watak utama Eve.
Versi Complete Edition juga menawarkan kosmetik dron Fluffy Bear Pack dan Planet Diving Suit (Captain) yang eksklusif untuk Eve. Pakej ini turut disertakan dengan DLC seperti Twin Expansion Pack, DLC NieR: Automata, DLC Goddess of Victory: Nikke, dan CD key Goddess of Victory: Nikke.
CD key ini membolehkan pemain menebus kostum bertema Stellar Blade yang eksklusif dalam permainan mobile Goddess of Victory: Nikke.

Peminat kini hanya boleh menantikan pengumuman rasmi dan maklumat lanjut sebelum tarikh pelancaran rasmi pada 11 Jun.
@gamersantaimy
Discussion about this post