Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NetEase Umum Dunk City Dynasty: Pelancaran 22 Mei, Kolaborasi Kendrick Perkins & Giveaway Menarik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
NetEase Umum Dunk City Dynasty: Pelancaran 22 Mei, Kolaborasi Kendrick Perkins & Giveaway Menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games mengesahkan bahawa Dunk City Dynasty, game mobile ‘street basketball’ berlesen rasmi NBA dan NBPA, akan dilancarkan di seluruh dunia untuk Android dan iOS pada 22 Mei 2025.

Game ini menjanjikan pengalaman NBA yang autentik, menampilkan bintang-bintang terkenal seperti Stephen Curry, Kevin Durant, Luka Dončić, serta pasukan terkenal seperti Golden State Warriors, Los Angeles Lakers dan Boston Celtics.

Lebih menarik, bekas pemain NBA dan pengulas popular, Kendrick Perkins, akan tampil sebagai Special Guest Commentator pertama dalam game ini, dengan lebih banyak kolaborasi hebat bakal diumumkan tidak lama lagi.

Kehadiran Kendrick Perkins bakal membawa tenaga dan perspektif uniknya ke dalam Dunk City Dynasty. Pemain boleh memilih suara pengulasnya secara percuma, menjadikan aksi 3v3 bola keranjang jalanan lebih hidup dan bertenaga.

Game ini turut menawarkan sistem perlawanan pantas — 11 mata atau 3 minit pusingan — serta mod Full Court 5v5, Ranked Match, dan Dynasty Mode, di mana pemain boleh menjadi jurulatih untuk membina dan mengatur strategi pasukan impian mereka dalam masa nyata.

Kredit: NetEase Games

Dengan grafik sepenuhnya 3D, animasi pergerakan yang lancar, dan kawalan intuitif, Dunk City Dynasty membolehkan pemain melaksanakan aksi-aksi hebat seperti lontaran three-pointer dari jarak jauh dan slam dunk hebat.

Customization turut menjadi fokus utama — pemain boleh mereka bentuk gelanggang peribadi, mencipta kasut khas di Sneaker Workshop dengan sehingga lapan slot, serta menggabungkan jersi rasmi NBA dengan fesyen jalanan untuk mencipta gaya tersendiri.

Ciri sosial termasuk penciptaan kelab bersama rakan, matchmaking pantas untuk aksi segera, dan pelbagai cabaran kompetitif.

Kredit: NetEase Games

Bagi meraikan pengumuman ini, NetEase Games turut mengadakan giveaway istimewa! Antara hadiah menarik termasuk peluang memenangi tiket ke NBA Finals dengan berkongsi posting pelancaran dan menjemput rakan, selain pakaian eksklusif dalam game.

Pemain juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi 10 pemain bintang, 300 pull, mata wang dalam game, gambar bertandatangan Kendrick Perkins, serta Mystery Player istimewa.

Kredit: NetEase Games

Pra-pendaftaran kini telah dibuka, dan pelbagai ganjaran komuniti menanti berdasarkan jumlah pendaftaran yang dicapai:

  • Avatar Terhad: Dibuka sebaik sahaja pra-pendaftaran dilakukan.
  • Novice Growth Pack: Dibuka selepas 500,000 pra-pendaftaran.
  • Star Development Pack: Dibuka selepas 1,000,000 pra-pendaftaran.
  • Superstars Gift Box: Dibuka selepas 2,500,000 pra-pendaftaran.
  • Superstars Gift Box Tambahan: Dibuka selepas 5,000,000 pra-pendaftaran.

Dunk City Dynasty boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma. Untuk maklumat lanjut dan pra-pendaftaran, sila layari laman web rasmi.

Tags: Dunk City Dynasty
ShareTweetSend
Previous Post

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

Next Post

Tsukuyomi: The Divine Hunter Tersedia Sekarang – Gameplay Roguelike, Seni Oleh Artis SMT/Persona!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Tsukuyomi: The Divine Hunter Tersedia Sekarang – Gameplay Roguelike, Seni Oleh Artis SMT/Persona!

Tsukuyomi: The Divine Hunter Tersedia Sekarang - Gameplay Roguelike, Seni Oleh Artis SMT/Persona!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd