Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar Angin: Spin-Off Genshin Impact Berkonsepkan Animal Crossing Sedang Dibangunkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 6, 2025
in Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Khabar Angin: Spin-Off Genshin Impact Berkonsepkan Animal Crossing Sedang Dibangunkan
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse, pembangun di sebalik Genshin Impact yang popular, dikatakan sedang membangunkan sebuah game spin-off baharu yang membawa pengalaman life-simulation santai ke dunia berwarna-warni Teyvat.

Berdasarkan maklumat dalam komuniti Genshin Impact, projek ini dikatakan mengambil inspirasi daripada Animal Crossing ciptaan Nintendo, dan mungkin akan diberi nama Genshin Impact: Thousand Stars Domain, Genshin: Thousand Planets, atau Astaweave Haven.

Walaupun belum ada pengesahan rasmi, konsistensi khabar angin yang tersebar ini telah menimbulkan perbincangan di kalangan peminat.

Kredit: Seele Leaks

Beberapa pembocor maklumat yang dipercayai, termasuk hxg_diluc dan Seele Leaks, melaporkan bahawa spin-off ini bakal menawarkan gaya gameplay yang lebih santai, tanpa fokus utama kepada pertempuran.

Berbeza dengan pengalaman aksi dalam Genshin Impact, game baharu ini dikatakan lebih menumpukan kepada aktiviti simulasi kehidupan seperti bertani, membina komuniti, dan berinteraksi dengan pelbagai watak.

Pemain berkemungkinan boleh melakukan aktiviti seperti crafting, pembinaan, serta bersosial bersama NPC atau karakter sampingan yang kurang ditonjolkan dalam naratif asal. Selain itu, Lumine versi chibi — protagonis utama dari Genshin Impact — juga dikhabarkan akan tampil, membayangkan suasana permainan yang lebih comel dan santai.

Kredit: u/hey_emilyyeh

Projek ini seiring dengan pendekatan HoYoverse yang sering bereksperimen dengan pelbagai genre. Syarikat ini telah meluaskan portfolio mereka menerusi game seperti Honkai: Star Rail yang berasaskan turn-based dan aksi bandar Zenless Zone Zero.

Malah, mereka baru-baru ini mengumumkan sebuah projek Honkai yang diinspirasikan daripada konsep Pokémon, menandakan kesungguhan mereka untuk meneroka bentuk pengalaman gameplay yang baharu.

Spin-off Genshin Impact yang lebih ringan ini berpotensi untuk menarik bukan sahaja peminat sedia ada, tetapi juga pemain baharu yang menggemari game seperti Animal Crossing atau Stardew Valley.

Kredit: HoYoverse

Sekiranya khabar angin ini benar, spin-off berinspirasikan Animal Crossing ini bakal menawarkan cara baharu untuk menerokai dunia Teyvat, dengan memberi lebih perhatian kepada watak-watak dan kisah yang sebelum ini kurang mendapat sorotan dalam permainan utama.

Buat masa ini, komuniti Genshin Impact sedang menanti dengan penuh harapan untuk mendengar pengesahan rasmi daripada HoYoverse berhubung projek ini.

Tags: Genshin Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Gears of War: Reloaded — Remaster Kepada Game Klasik 2006 Bakal Tiba Ogos 2025

Next Post

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd