Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Fakta Baru Lagi Menarik dari Buku Data Rasmi Terakhir

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 5, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
My Hero Academia: Fakta Baru Lagi Menarik dari Buku Data Rasmi Terakhir
Share on FacebookShare on Twitter

Buku maklumat rasmi bertajuk “My Hero Academia: Ultra Age: The Final Fan Book,” yang diterbitkan pada 2 Mei 2025, telah mendedahkan pelbagai maklumat menarik tentang karya popular Kohei Horikoshi.

Menandakan pengakhiran manga selama lebih sedekad, buku data ketiga dan terakhir ini meliputi bab 1 hingga 431, menawarkan pandangan mendalam tentang watak-watak utama, Quirk mereka, serta masa depan mereka. Ia turut menawarkan kandungan eksklusif yang menjawab pelbagai persoalan yang timbul selepas tamatnya manga.

Bab Khas Tambahan

Kredit: Kohei Horikoshi/SHUEISHA

Salah satu tarikan utama dalam buku ini ialah sebuah bab manga one-shot eksklusif yang berlatar selepas peristiwa penamat manga. Dalam epilog ini, Eri — kini seorang pelajar sekolah menengah rendah — datang melawat U.A. High School untuk bertemu Eraser Head dan Present Mic. Dia membawa kuih manis daru Mandalay sebagai tanda penghargaan kerana menjaga Kota.

Eri turut bertembung dengan All Might, yang kini menjawat jawatan sebagai Naib Pengetua U.A., dan menyatakan rasa kecewanya kerana tidak sempat bertemu Deku (Izuku Midoriya), yang telah dia jemput untuk menyertai persembahan jalanan bersama Kyoka Jiro (Earphone Jack).

Epilog ini juga menampilkan satu siaran berita yang memperkenalkan carta terkini Billboard Hero JP, menampilkan lima Pro Hero teratas:

  • Lemillion (Mirio Togata)
  • Shoto Todoroki
  • Mt. Lady (Yu Takeyama)
  • Deku (Hero One For All: Deku)
  • Dynamight (Katsuki Bakugo), yang melonjak dari kedudukan ke-15 ke kedudukan ke-5.
Kredit: Kohei Horikoshi/SHUEISHA

Pencapaian Deku menduduki tempat keempat adalah paling mengagumkan, memandangkan dia terus berkhidmat sebagai hero walaupun sudah kehilangan kuasa One For All. Dengan bantuan sut berteknologi tinggi baharu yang dibiayai oleh Kelas 1-A — khususnya Bakugo dan All Might — Deku dapat meniru kebolehan One For All.

Sut ini, yang direka dengan teknologi canggih selama lapan tahun, malah dikatakan lebih hebat berbanding sut All Might, berfungsi sebagai prototaip untuk menggabungkan pelbagai Quirk.

Info Menarik Lain

Buku ini turut memperincikan latar belakang dan perkembangan watak, sekali gus memperkayakan lagi dunia My Hero Academia:

Kredit: Kohei Horikoshi/SHUEISHA
  • Tenko Shimura (Tomura Shigaraki): Quirk asal Shigaraki sebenarnya ialah kebolehan “tolak”, mirip dengan Float, yang membolehkannya terapung. Quirk ini terserlah dalam Final War Arc menerusi lingkaran kuning All For One.
  • All For One: Penjahat utama siri ini akhirnya didedahkan nama sebenarnya — Zen Shigaraki.
  • Himiko Toga: Horikoshi mendedahkan bahawa Toga pada asalnya dirancang untuk terus hidup, dengan Ochaco meninggalkan picagari berisi darah untuknya. Namun, selepas berbincang dengan editor, keputusan dibuat untuk menamatkan hayat Toga. Sebaliknya, adegan kematian sementara Bakugo memang sudah dirancang dari awal.
  • Agate Minou: Selepas kematian Star and Stripe (Cathleen Bate), Agate Minou tampil sebagai hero nombor satu baharu di Amerika Syarikat dengan Quirk bertajuk “Fault Line”.
  • Toshinori Yagi (All Might): Selepas bersara daripada dunia hero, All Might kini bertugas sebagai Naib Pengetua U.A., meneruskan misinya membentuk generasi wira masa depan.
Kredit: Kohei Horikoshi/SHUEISHA

Perpisahan yang Sesuai

Kredit: Kohei Horikoshi/SHUEISHA

Selain pelbagai pendedahan eksklusif ini, buku data ini menjadi khazanah buat para peminat, menghimpunkan lebih 100 profil watak lengkap dengan Quirk serta teknik khas masing-masing.

Ia turut memuatkan temu bual bersama bekas editor Horikoshi, memberikan pandangan mendalam tentang proses kreatif di sebalik tabir penciptaan manga, serta ruangan soal jawab di mana Horikoshi menjawab soalan-soalan peminat dan menjelaskan pelbagai aspek naratif.

Manga one-shot yang disertakan berfungsi sebagai epilog sempurna, memberikan penutup kepada siri yang telah memikat jutaan peminat.

Tags: My Hero Academia
ShareTweetSend
Previous Post

Anime One Piece Akhirnya Dedah Bentuk Jahat Sebenar Jaygarcia Saturn!

Next Post

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

Thunderbolts* - Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd