Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends: Prodigy – Season 25 Bakal Gegarkan META!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 1, 2025
in Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Apex Legends: Prodigy – Season 25 Bakal Gegarkan META!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersiap untuk terjun ke dalam Apex Legends: Prodigy, musim ke-25 daripada game battle royale percuma keluaran Respawn Entertainment, yang dijangka dilancarkan pada 6 Mei 2025 (atau 7 Mei waktu Malaysia)!

Musim terbaru ini menjanjikan pengalaman yang benar-benar baharu, memperkenalkan Sparrow—Legend baru bersama kucingnya yang mengubah cara anda bertarung dengan ketepatan luar biasa. Bocek Bow kembali menghentam, sistem Ranked diperbaharui, dan mod Arena yang dirindui kini muncul semula!

Berikut ialah segala yang anda perlu tahu!

Kenali Sparrow: Pemanah Cekap Bersama Teman Kucing

Kredit: Respawn Entertainment

Sparrow ialah wajah baharu Season 25 dan membawa kelainan menarik ke Apex Games dengan kemunculan kucing sebagai teman setia. Sebagai Legend pertama yang hadir bersama haiwan peliharaan, gaya permainan Sparrow menekankan kelincahan dan ketepatan, diinspirasikan daripada kepakaran memanah dan gerakan pantas seperti kilat.

Keperibadiannya yang ceria serta animasi unik bertemakan kucing—termasuk gaya larian dan lompatannya—membuatkan dia menonjol di medan pertempuran.

Dalam sesi soal jawab bersama pembangun, Respawn turut berkongsi bahawa Sparrow mempunyai hubungan yang lucu dan menarik dengan Loba, Mirage, dan Caustic, menambahkan warna kepada keperibadiannya.

Kredit: Respawn Entertainment

Bagi pemain yang sukakan aksi pantas dan tembakan tepat, Sparrow adalah pilihan sempurna. Tambah menarik, anda boleh membuka Sparrow secara kekal dengan hanya menyelesaikan beberapa cabaran dalam game—boleh diakses oleh semua pemain seawal hari pertama. Abilitinya terdiri daripada:

  • Passive – Double Jump: Tekan butang lompat sekali lagi ketika di udara untuk melakukan lompatan kedua, membolehkan Sparrow memanjat dinding dan bergerak bebas dengan lebih mudah.
  • Tactical – Tracker Dart: Menembak dart khas yang menandakan musuh dan menunjukkan jejak mereka di kawasan sekitar—ideal untuk menangkis serangan mengejut dan menjejaki lawan.
  • Ultimate – Stinger Bolt: Melancarkan anak panah istimewa yang mencetuskan damage area-of-effect dan memperlahankan musuh di sekeliling, memberi kelebihan taktikal kepada pasukan anda untuk menguasai zon penting.
Kredit: Respawn Entertainment

Bocek Bow Kembali dengan Lebih Hebat

Kredit: Respawn Entertainment

Sebagai pelengkap ideal kepada tema memanah Sparrow, Bocek Bow kembali menggegarkan medan tempur dalam Season 25—kali ini dengan pelarasan yang menjadikannya lebih mantap dan relevan.

Respawn telah menala semula sistem projektil bagi meningkatkan ketepatan dan impak, menjadikannya senjata yang serasi dan berkesan bersama abiliti Sparrow. Antara ciri menarik Bocek Bow yang diperbaharui:

  • Muatkan 40 anak panah, sesuai untuk aksi bertempur berpanjangan tanpa perlu risau kehabisan peluru.
  • Boleh dicas menggunakan Frag Grenade, menukar anak panah menjadi projektil letupan—dengan setiap bom menghasilkan 7 panah eksplosif.
Kredit: Respawn Entertainment

Legacy Arena: Kembalinya Aksi Lama

Kredit: Respawn Entertainment

Sebagai kejutan buat peminat setia, mod Arena kembali dalam bentuk baharu dikenali sebagai Legacy Arena—membawa semula aksi 3v3 yang pernah menjadi kegemaran, kini disesuaikan dengan sistem seimbang era moden Apex.

Selepas digugurkan musim lalu, Arenas kini bangkit semula dengan sentuhan segar yang menjanjikan pertarungan lebih sengit dan strategik. Antara tarikan utamanya:

  • Format Klasik 3v3 – Pertarungan pantas di mana pasukan pertama yang menang tiga pusingan akan muncul juara. Kini lebih cepat dengan potongan harga senjata untuk perlawanan berisiko tinggi.
  • Varian 1v1 Mid-Season – Ujian kemahiran solo dalam format duel satu lawan satu selama 5 minit—platform terbaik untuk buktikan kehebatan anda secara individu.
  • Legend Terkini Turut Sertai – Ballistic, Conduit, dan Alter kini boleh digunakan dalam Arena, membuka ruang strategi baharu dan taktikal lebih bervariasi.

Perubahan Meta Senjata

Kredit: Respawn Entertainment

Musim ke-25 membawa perubahan besar dalam keseimbangan senjata, membuka ruang untuk gaya permainan yang lebih pelbagai dan strategi baharu. Berikut antara kemas kini utama:

  • Triple Take – Kini hanya boleh didapati dalam care package dan hadir bersama weapon shield, memberikan perlindungan tambahan semasa menembak.
  • Wingman – Diberi nafas baharu dengan kadar tembakan yang lebih laju serta tambahan laser sight untuk meningkatkan ketepatan tembakan.
  • P2020 – Kini dilemahkan dengan saiz magazine yang lebih kecil, menjadikan peranannya dalam pertempuran lebih terhad.
  • Senjata Sniper – Limb damage bonus kembali semula, ditambah pula dengan kemunculan semula Skullpiercer dan gold sniper stock untuk mempertingkatkan prestasi sniper.

Revolusi Mod Ranked & Sistem Matchmaking

Kredit: Respawn Entertainment

Season 25 menyegarkan semula mod Ranked dengan pengenalan Ranked Ladder System, yang diaktifkan pada hujung minggu.

Dalam sistem ini, pemain akan bersaing dalam kumpulan 100 orang yang dipadankan mengikut tahap kemahiran, dan kedudukan mereka ditentukan berdasarkan 10 perlawanan terbaik—tanpa mengambil kira promo protection RP.

10% teratas akan membawa pulang ganjaran eksklusif iaitu Ladder Champion Dive Trail, simbol kebanggaan dan kemahiran dalam Apex Games.

Kredit: Respawn Entertainment

Sistem matchmaking turut diperhalusi dengan Season Reset baharu, di mana RP permulaan akan dikira berdasarkan kemahiran tersembunyi pemain, memberikan permulaan yang lebih adil dan seimbang.

Pemain baharu pula akan dinilai melalui prestasi mereka dalam mod Unranked Trios, manakala pemain yang lama tidak aktif akan diletakkan menggunakan gabungan data kemahiran terdahulu dan semasa.

Semua ini bertujuan untuk mencipta peralihan yang lebih lancar ke dalam musim dan menjadikan mod Ranked lebih kompetitif dan berpaksikan kemahiran sebenar.

Kredit: Respawn Entertainment

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Apex Legends.

Tags: Apex Legends
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu inZOI (Early Access) – Kehidupan Baharu Di Dunia Maya

Next Post

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd