Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sucker Punch Dakwa Ghost of Yōtei Sebagai “Game Open World Terbesar Mereka” – Info Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2025
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5
0 0
0
Sucker Punch Dakwa Ghost of Yōtei Sebagai “Game Open World Terbesar Mereka” – Info Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Sucker Punch Productions, studio terkenal di sebalik Ghost of Tsushima, telah berkongsi info menarik mengenai game eksklusif PS5 terbaru mereka, Ghost of Yōtei, yang dijadualkan tiba pada tahun 2025.

Dalam wawancara bersama Famitsu, dua pengarah kreatif bersama, Nate Fox dan Jason Cornell, menyatakan bahawa Ghost of Yōtei merupakan projek paling besar dan bercita-cita tinggi yang pernah mereka hasilkan.

Berlatar pada tahun 1603 di kawasan sekitar Gunung Yōtei di Ezo (kini dikenali sebagai Hokkaido), game ini memperkenalkan watak baharu bernama Atsu dan menampilkan peta open world paling besar dalam sejarah pembikinan Sucker Punch.

“Dari segi open world, Ghost of Yōtei adalah yang paling luas dan memberi kebebasan paling menyeluruh berbanding mana-mana game kami sebelum ini,” ujar Fox. Dunia game ini dijangka menjangkaui skala Ghost of Tsushima dan siri Infamous, dengan pelbagai jenis kawasan seperti padang rumput, tundra bersalji, dan kawasan pergunungan yang mencabar.

Kredit: Sucker Punch Productions

Bagi memastikan ketepatan latar dan budaya, Fox dan Cornell sendiri turun ke Hokkaido untuk menjalankan kajian tentang budaya masyarakat Ainu, iaitu penduduk asli kawasan tersebut. “Kami bekerjasama dengan ramai penasihat untuk menggambarkan budaya Ainu secara tepat dalam game ini,” jelas Fox.

“Seperti game kami sebelum ini, kami berusaha untuk menyelami budaya Jepun secara menyeluruh dan menyerapkannya ke dalam dunia permainan.”

Kredit: Sucker Punch Productions

Cornell turut berkongsi pengalamannya:

“Saya sendiri ke Hokkaido untuk belajar tentang budaya Ainu dan diperkenalkan dengan muzium serta hasil kraf masyarakat tempatan. Semua itu dimasukkan ke dalam reka bentuk dunia dalam game ini. Malah, saya juga turut ke kawasan pergunungan bersama penduduk tempatan dan mengalami sendiri aktiviti memetik sayur liar.”

Kredit: Sucker Punch Productions

Tema utama game ini ialah dendam. Fox mendedahkan bahawa protagonis Atsu mengalami trauma besar pada zaman kanak-kanaknya yang menjadi pencetus kepada perjalanannya memburu keadilan.

Misi utamanya adalah memburu sekumpulan pahlawan yang dikenali sebagai Yōtei Six, yang bertanggungjawab atas kematian dan kekacauan yang berlaku di Jepun. Nama-nama mereka terpampang pada kain khas yang dipakai oleh Atsu, berfungsi sebagai petunjuk utama kepada pemain sepanjang permainan.

Kredit: Sucker Punch Productions

Pemain juga diberikan kebebasan untuk memilih urutan pemburuan mereka terhadap Yōtei Six, menjadikan struktur kempen lebih terbuka dan tidak linear. Gabungan pilihan terbuka ini dengan peta luas membolehkan setiap pemain mengukir perjalanan Atsu mengikut cara dan strategi tersendiri.

Untuk maklumat lanjut tentang game ini, sila layari laman web rasmi.

Tags: Ghost of Yōtei
ShareTweetSend
Previous Post

UNIQLO Meraikan 45 Tahun Mobile Suit Gundam dengan Koleksi UT Eksklusif

Next Post

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt - Menggembara Bersama Kru Straw Hat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd