2K hari ini mengumumkan bahawa pendaftaran awal untuk Civilization: Eras & Allies, game mobile strategy terbaru yang diinspirasikan daripada francais ikonik Sid Meier’s Civilization, kini dibuka untuk pemain di Malaysia!
Akan dilancarkan pada Jun ini, pemain boleh mendaftar awal di App Store dan Google Play untuk mendapatkan ganjaran eksklusif.
Civilization: Eras & Allies membawa pengalaman klasik Civilization ke peranti mobile — menampilkan elemen pembinaan empayar, strategi taktikal, dan sejarah dunia dalam format MMO masa nyata.
Dibangunkan dengan kerjasama komuniti peminat, game ini kekal setia pada semangat asal siri sambil diolah semula untuk pengalaman mobile yang lebih mesra dan dinamik.

Dalam game ini, anda akan memimpin tamadun dari zaman purba hingga ke era moden, dengan lebih 120 pemimpin legenda dari seluruh dunia — masing-masing dengan kelebihan strategik tersendiri. Sepanjang kemajuan anda, bangunkan keajaiban dunia seperti Piramid Besar, Big Ben, dan Colosseum untuk mengukuhkan empayar anda.

Gameplay berlangsung dalam masa nyata, membolehkan pemain berinteraksi dalam dunia yang luas — lengkap dengan diplomasi, pakatan global, dan perang berskala besar.
Dengan peta dunia yang sentiasa berubah dan pakatan yang melibatkan ratusan pemain, strategi dan penyesuaian akan menjadi kunci untuk mengekalkan kuasa dan membina legasi.

Salah satu ciri utama Eras & Allies ialah sistem kemajuan berperingkat mengikut era, di mana setiap zaman membawa teknologi baharu, unit tentera unik, dan cabaran strategik yang tersendiri. Kandungan baharu akan terus diperkenalkan secara bermusim, menjadikan setiap sesi permainan berbeza dan penuh kejutan.

Sebagai sebahagian daripada kempen pendaftaran awal, pemain berpeluang membuka pelbagai ganjaran berdasarkan jumlah pendaftaran global. Ganjaran ini termasuk sumber berharga, peningkatan kemajuan, dan item kosmetik eksklusif — memberikan kelebihan kepada mereka yang mendaftar awal.
Ganjaran termasuk:
- 100,000 Pendaftaran: 10,000 Silver, 1 Resource Chest III
- 300,000 Pendaftaran: 5 Fast Travel, 5 Construction Acceleration, 1 Free Relocation Ticket, 20,000 Training XP, and 2,000 Skill XP
- 700,000 Pendaftaran: 1,000 Gold
- 1,200,000 Pendaftaran: 10 Museum Ticket
- 2,000,000 Pendaftaran: 1 City Skin, 1 Avatar Frame
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post