ASUS Malaysia kini memperkenalkan siri ASUS Gaming terbaharu – barisan laptop berkuasa yang direka untuk gamer, pencipta kandungan serta pelajar yang memerlukan prestasi tinggi dalam rekaan yang bergaya dan mudah dibawa.
Siri ini menampilkan dua model utama: ASUS Gaming V16 (V3607) dan ASUS Gaming K16 (K3605), dan kedua-duanya sudah pun tersedia di semua peruncit sah ASUS di seluruh negara.

Model ASUS Gaming V16 dijual pada harga RM3,999 dan menawarkan spesifikasi premium untuk mereka yang menginginkan kuasa maksimum.
Sementara itu, model ASUS Gaming K16 pula hadir pada harga RM3,499, memberi fokus kepada keseimbangan antara prestasi dan kemudahan mobiliti – sesuai untuk tugasan kreatif dan sesi gaming yang lancar.
Kedua-dua model ini membawa nafas baharu dalam dunia laptop mudah alih, menonjol sebagai antara laptop gaming bersaiz 16 inci paling ringan di pasaran dengan berat hanya 1.80kg dan ketebalan serendah 1.89cm.

Rekaan produk baharu ini yang ringan tetapi berkuasa amat sesuai untuk pengguna yang aktif bergerak. Ia dipacu oleh cip pemproses sehingga Intel Core 5 510H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4050, yang mampu mengendalikan game berat dan tugasan kreatif secara efisien.
Dengan TDP sehingga 70W serta sistem penyejukan dwi kipas, laptop ini mampu mengekalkan prestasi optimum sambil mengurangkan bunyi dan haba dengan berkesan.

Baterinya yang berkapasiti 63Wh memberikan ketahanan lama untuk kerja mahupun hiburan, manakala pelbagai port sambungan memastikan keselesaan penggunaan.
ASUS Gaming V16 hadir dengan pemproses Intel Core 5 210H, RAM DDR5 berkelajuan tinggi dan kamera FHD 1080p, menjadikannya ideal untuk mereka yang gemar melakukan pelbagai tugas dan pencipta kandungan digital.
Di sisi lain, ASUS Gaming K16 dilengkapi pemproses Intel Core i5-13420H dan GPU GeForce RTX 3050, serta reka bentuk padat untuk pengalaman mobiliti yang optimum.

Kedua-dua model menampilkan paparan IPS FHD+ 16 inci (1920 x 1200) dengan kadar segar semula 144Hz untuk visual yang lancar dan responsif, ideal bagi kerja kreatif mahupun gaming.
Nisbah aspek 16:10 pula memberi ruang skrin menegak tambahan sebanyak 11%, memudahkan kerja suntingan dan pelbagai tugasan tanpa perlu banyak menatal. Dengan nisbah skrin-ke-badan 89%, pengguna akan menikmati paparan yang luas dan imersif dalam sebarang situasi.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui peruncit rasmi ASUS atau laman web rasmi ASUS Malaysia.
@gamersantaimy
Discussion about this post