Acer Malaysia hari ini memperkenalkan peranti terbaru dalam siri ringan dan ramping Swift terkenalnya – Swift 16 AI dan Swift Lite 14 – yang direka untuk bersatu dengan gaya hidup para pengguna dinamik yang sering bergerak.
Acer Swift 16 AI

Acer Swift 16 AI menampilkan reka bentuk aluminium premium yang ramping dan tahan lasak, dikuasakan cip Intel Core Ultra 7 (Siri 2) dengan lebih 120 TOPs dan bateri tahan 20 jam untuk pengkomputeran berprestasi tinggi. Paparan OLED WQXGA+ 16 inci menawarkan warna terang dan butiran halus untuk pelbagai kandungan, dari dokumen hingga filem.

Komputer riba ini dilengkapi fungsi AI seperti Acer PurifiedVoice yang mengurangkan bunyi latar untuk mesyuarat atas talian yang jelas, dan kamera QHD 1440p dengan PurifiedView untuk visual tajam dengan latar kabur. Acer User Sensing 2.0 mengunci/membuka peranti automatik, Smart Reminder mengingatkan rehat, dan Multi Screen Assistance menggerakkan kursor ikut pandangan untuk kerja lancar.

Acer Swift 16 AI dijual segera pada harga RM5,699 di eKedai Acer, Shopee, Lazada, dan penjual rasmi. Pembeli sebelum 23 April 2025 mendapat SanDisk DualDrive 256GB (RM199).
Acer Swift Lite 14

Acer Swift Lite 14, seberat 999g, tahan bateri 10 jam, sesuai untuk pelajar dan pengembara. Engsel 180° memudahkan perkongsian paparan, dikuasakan cip Intel Core Ultra 7 dan 5 untuk kuasa pengkomputeran.

Acer Swift Lite 14 hadir dalam warna Light Silver dan Nude Pink, direka untuk pengguna yang inginkan estetik unik.

Acer Swift Lite 14, bermula RM3,799, tersedia pertengahan April 2025 di eKedai Acer, Shopee, Lazada, dan penjual rasmi. Pembeli sebelum 30 April 2025 dapat Tetikus Tanpa Wayar Bubble Acer (RM79).
Kempen Ganjaran
Acer Malaysia mengadakan Kempen Ganjaran Terhebat bersama pelancaran peranti baharu ini, menawarkan kredit eWallet Touch n’ Go sehingga RM150. Pembeli Swift 16 AI layak tebus RM100, Swift Lite 14 RM80, melalui www.a-redemption.com/greatestrewards2025.
@gamersantaimy
Discussion about this post